Antara dua persimpangan... Apa pilihan Mukhriz...?

Timbul tandatanya terbaru tentang Datuk Mukhriz Mahathir.Ini gara-gara desakan dari pergerakan Pemuda,Wanita dan Puteri UMNO Kedah tidak mahu beliau buat apa-apa kenyataan berhubung isu PM-Tun Mahathir.
Sebelum ini Menteri Besar Kedah itu sudah set untuk buat pengumuman rasmi pendirian 15 Ketua UMNO Bahagian negeri secara konsensus pada pagi 24 April ini.

Situasinya sekarang beliau nampaknya berada diantara dua persimpangan samaada hendak terus berpegang kepada keputusan yang dibuat dalam pertemuannya dengan Ketua-Ketua UMNO Bahagian baru-baru ini untuk buat pengumuman itu atau penuhi desakan pergerakan Pemuda,Wanita dan Puteri.

Sekilas pandang dua-dua langkah itu ada lojiknya.

Dari sudut Badan Perhubungan UMNO Kedah sudah tentu semua orang ingin dengar pendirian mereka.

Lagipun UMNO negeri-negeri lain sudah umum pendirian menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu ini.

Pemuda,Wanita dan Puteri Kedah pula memberi rasional mereka mengapa Mukhriz tidak perlu nyatakan pendirian pada 24 April ini.

Mereka tidak mahu Menteri Besar itu berada dalam keadaan yang sukar kerana semua sedia maklum hubungannya dengan Tun Dr Mahathir dan mahukan beliau memberi tumpuan 100 peratus untuk usaha memperkukuh parti dan mentadbir negeri.

Ketua Pemuda UMNO Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin dalam sidang akhbar bersama Khamis berkata ketiga-tiga pergerakan UMNO itu di Kedah berdiri teguh dan menyokong kepimpinan Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah serta Perdana Menteri.

Katanya permintaan ketiga-tiga sayap UMNO negeri itu telah disuarakan oleh mereka kepada Mukhriz dalam satu pertemuan hari ini (Khamis).

"Kami juga bimbang jika kenyataan (Mukhriz) pada 24 April itu akan diputar belit oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Shaiful Hazizy berkata tempoh dari hari ini hingga 24 April adalah terlalu lama dan dibimbangi ada pihak yang tidak bertanggungjawab mahu "menangguk di air keruh" terhadap keadaan ketika ini.

Mengenai kenyataan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin yang mahukan Mukhriz meletak jawatan sekiranya gagal menyokong perdana menteri, beliau berkata mereka tidak tergugat dengan kenyataan itu.

"UMNO Kedah bersatu-padu dan tidak tergugat dengan kenyataan ADUN Bukit Lada itu, yang nampak kenyataannya bersifat peribadi dan kami tidak tahu motifnya," katanya.

Beliau juga menyifatkan komen dan kritikan terhadap menteri besar sebagai tidak lebih hanya tindakan nakal oleh mereka yang berada di tahap "senja politik dan yang cuba mencari nafas politik baharu".

"Kami memberi amaran supaya jangan mencuba. Sayap (UMNO Kedah) akan pertahan Mukhriz Mahathir dalam apa jua cara. Tiada masalah dalam hubungan beliau dengan perdana menteri, intact dan baik. Beliau memberi kerjasama kepada presiden parti dalam merealisasikan misi dan tugasan parti," katanya.

Ditanya sama ada spekulasi bakal menjadi lebih hebat sekiranya Mukhriz tidak membuat kenyataan pada 24 April itu, Shaiful Hazizy menidakkannya kerana UMNO Kedah mempunyai hubungan yang baik dengan Najib.

Malah, katanya, ketiga-tiga sayap UMNO Kedah telah mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu lepas.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Kedah,Datuk Maznah Hamid berkata kemelut politik yang sedang berlaku kini tidaklah seteruk seperti yang digambarkan oleh pihak luar dan keadaan dalam UMNO Kedah adalah adalah seperti biasa.

Mukhriz, katanya, berada dalam keadaan tenang menghadapi keadaan ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana