Ada Jugak Yang Menipu Yer....Terima baucer lebih dari sekali... 4,771 penerima BR1M disenarai hitam

Seramai 4,771 penerima baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah disenaraihitamkan Kementerian Kewangan (MOF) kerana menerima baucer berkenaan lebih daripada sekali sejak tiga tahun lalu, keseluruhannya berjumlah kira-kira RM2.3 juta.
Pengarah Belanjawan Negara, Datuk Siti Zauyah Md Desa berkata, bagaimanapun 1,806 lagi penerima telah melunaskan bayaran balik dengan jumlah RM948,850 melalui surat yang dikeluarkan MOF.

"Sebelum ini ada kelemahan pada baucer BR1M dan ia mungkin menjadi punca ada penerima yang berjaya membuat tuntutan lebih daripada sekali setahun.

"Sebab itu kita telah menulis surat kepada mereka untuk menjelaskan semula lebihan bayaran yang dituntut ataupun berdepan risiko disenaraihitamkan," katanya ketika ditemui pemberita pada Sesi Bersama Media Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 1 di Angkasapuri di sini, hari ini.

Sehubungan itu menurut Zauyah, ciri-ciri keselamatan pada baucer BR1M telah diperkenalkan bermula tahun ini dengan mempunyai nombor siri, nama dan kad pengenalan penerima yang tidak terdapat padanya sebelum ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana