Wayang Kuat Dia NI.....Dekat Dekat Pemilihan PAS....Khalid rayu PKR, DAP terima hudud di Kelantan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini menggesa PKR dan DAP memastikan Pakatan Rakyat tidak berpecah akibat tindakan PAS membentangkan pindaan rang undang-undang hudud dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan esok.

Yang Dipertua PAS Shah Alam itu berharap PKR dan DAP menerima baik rasional kerajaan negeri Kelatan melaksanakan hudud di negeri itu.

Beliau berkata pembentangan rang undang-undang tersebut tidak sepatutnya menimbulkan masalah besar kepada Pakatan Rakyat (PR) hingga menyaksikan gabungan itu berpecah.

"Ia tidak patut menimbulkan masalah buat PR, kita rayu rakan kita memahami perbezaan keunikan Kelantan apabila dibentangkan hanya pindaan enakmen sedia ada dan tidak harus menjadi penyebab perpecahan," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

"Saya akui bila masuk bab ini, (hudud) semuanya mahu tunjuk hero, semua mahu kata kalau tidak ikut tinggalkan PR, biar berpecah PR.

"Namun mereka (PR) perlu fahami keunikan dan keanehan politik rakyat Kelantan.

"Kerana keunikan dan keanehan politik rakyat Kelantan menjadi bukti bagaimana Umno sendiri terpaksa mengakui apabila pembentangan hudud diluluskan pada 1993," katanya.

Meskinpun di bantah PKR dan DAP,  kerajaan Kelantan dijangka melakar sejarah baru esok apabila membentangkan di DUN pindaan kepada undang-undang hudud yang diluluskan pada tahun 1993.

Pindaan itu akan membolehkan usul berasingan dibentangkan di Parlimen bagi membolehkan undang-undang hudud di laksanakan di Kelantan memjelang hujung tahun ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana