Veteran UMNO kesal sikap penceramah PAS...Itulah Tak Reti Bahasa Namanya

KOTA BHARU: Veteran UMNO menyuarakan rasa kesal dengan sikap penceramah PAS yang menjadikan pentas kempen untuk menghentam dan memburukkan UMNO biarpun parti itu tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.
Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub, berkata penceramah PAS sepatutnya bertindak lebih adil serta bersikap profesional.

"Kenapa mesti UMNO menjadi sasaran sedangkan yang bertanding menentang PAS adalah calon Bebas. UMNO tidak ada kena mengena dengan empat calon Bebas terbabit.
"Oleh itu Veteran UMNO berharap penceramah PAS bersikap lebih profesional dan bertanggungjawab semasa berkempen dan berlaku adil kepada UMNO.

Jangan jadikan ia tempat melepaskan geram dalam kempen yang UMNO tidak bertanding," katanya dalam kenyataan, hari ini.Mustapa turut meminta pengundi Barisan Nasional (BN) supaya keluar menunaikan tanggungjawab pada PRK DUN berkenaan meskipun parti itu tidak bertanding.

Katanya, pengundi BN di DUN Chempaka mempunyai hak untuk menunaikan tanggungjawab itu seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata, walaupun tanpa BN pada PRK DUN Chempaka, namun berlandaskan kepada prinsip demokrasi pengundi BN berhak untuk membuat pilihan dan menentukan wakil rakyat yang baru bagi kerusi itu.

"Andaian mengatakan orang UMNO-BN tidak perlu keluar mengundi kerana parti itu tidak bertanding adalah salah. Penyuburan demokrasi perlu diteruskan kerana PRK itu ada pertandingan. Ertinya terdapat pilihan untuk memilih.

"Pengundi UMNO boleh memilih satu daripada lima calon yang bertanding termasuk memilih calon PAS kalau itu yang mereka fikirkan terbaik. Dakwaan mengatakan UMNO melarang penyokong dan pengundinya keluar adalah tidak benar.

"PRK Bukit Gelugor misalnya, BN tidak bertanding tetapi tidak pula melarang penyokong dan pengundinya keluar mengundi. Dakwaan itu sengaja dibuat untuk memburukkan UMNO oleh mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

PRK DUN Chempaka diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga bekas Menteri Besar Kelantan kerana kanser prostat.

Nik Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS memenangi kerusi itu selama tujuh penggal berturut-turut.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, beliau menewaskan calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak dengan majoriti undi 6,500.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana