Ustaz Kazim Kesal Alasan Dr Asri Memalukan, Gopoh, Tidak Adil...Betul Tu Kata DUKE...Apa Salahnya Hubunginya Dulu.

Penceramah bebas terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias kesal dengan kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr. Asri Zainul Abidin yang mengaitkannya dengan menggunakan "riwayat palsu" ketika menyampaikan ceramah sebagai alasan untuk menolak beliau sebagai panel sebuah program agama di Perlis.

Ustaz Kazim turut menyifatkan tindakan Mufti Perlis itu sebagai memalukan, gopoh dan memberi alasan yang tidak benar mengenai dirinya, selain meluahkan kekesalan tidak diberi peluang untuk menjawab tohmahan itu sebelum ini.

Beliau turut meminta Dr Asri supaya tunjukkan bukti kukuh yang menyokong dakwaan sebagaimana yang tertulis di dalam surat berkenaan.

Jika benar dakwaan itu, saya mahu tahu di mana dan bila saya membacakan hadis palsu yang didakwa. Jika benar saya sedia memberikan penjelasan.

"Apabila berlaku penyebaran surat tersebut, saya kesal, kerana ini tidak adil, saya tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan," katanya dalam satu kenyataan.

Dr Asri yang juga dikenali sebagai Dr. MAZA itu memberikan bukti kenyataan Ustaz Kazim dalam satu ceramahnya yang mendakwa "kenduri Rasulullah SAW yang paling mahal pula adalah roti jala dicelup dengan kuah kari".

Mufti Perlis yang mungkin rasa tercabar itu turut memuatnaik "bukti" bergambar di laman Facebook rasminya, Dr. MAZA.com.

Menjelaskan "bukti" Dr Asri itu, Ustaz Kazim menegaskan bahawa ia hanyalah perumpamaan yang diberikan bagi memudahkan pemahaman di kalangan umat Islam yang hadir mendengar ceramah tersebut.

"Saya cuma kata roti jala pun boleh dijadikan hidangan dalam kenduri masyarakat Islam, untuk bagi orang faham," jelas Ustaz Kazim.

Ustaz Kazim menegaskan bahawa ia hanyalah perumpamaan yang diberikan bagi memudahkan pemahaman di kalangan umat Islam yang hadir mendengar ceramah tersebut.

"Saya cuma kata roti jala pun boleh dijadikan hidangan dalam kenduri masyarakat Islam, untuk bagi orang faham," jelas Ustaz Kazim.

Pada pandangan Kedahnews.com, hanya mereka yang "tidak faham bahasa" saja yang akan gagal memahami kiasan dan perumpamaan yang diberikan penceramah terkenal itu.

Mana ada "roti jala" di zaman Rasulullah SAW dahulu dan sekiranya hadir ke ceramah Ustaz Kazim sekali pun, sudah tentu kami faham bahawa ia hanyalah perumpamaan sahaja yang merujuk kenduri Rasulullah SAW hanyalah bersifat sederhana dan tidak mewah.

Agak menghairankan juga bila Dr Asri sebagai Mufti tidak faham tentang perumpamaan itu, bukan?

Namun terpulanglah pada kedua tokoh ulama berkenaan untuk menyelesaikan pertikaian di antara mereka.

Cuma yang dikesalkan adalah tindakan pihak yang menyebarkan surat berkenaan hingga viral di laman media sosial. Mungkin tujuannya berniat mahu Dr Asri dipersalah dan membela Ustaz Kazim.

Namun, mungkin pihak berkenaan tidak sedar bahawa tindakan tersebut sedikit sebanyak turut menjejaskan imej Ustaz Kazim dan menunjukkan seolah wujud salah faham di antara dua tokoh berkenaan. Wallahua'alam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana