Tindakan HINDRAF dikecam

SEREMBAN, 26 Mac – Gabungan Pertubuhan Dakwah Negeri Sembilan hari ini menyelar tindakan HINDRAF apabila melibatkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan berhubung kes seorang pelajar berusia 13 tahun, cuba membunuh diri dengan minum racun.

Wakil gabungan berkenaan, Mejar (B) Razali Zakaria, berkata HINDRAF tidak ada hak untuk membawa isu ini kepada Yang di-Pertuan Besar.

“Tidak perlu melibatkan raja dan sebagainya. Biarkan Jabatan Agama Islam dan pihak berkuasa yang menyelesaikannnya.

“Lagi satu, kita tidak mahu apabila HINDRAF masuk campur isu ini kerana ia akan membuatkan masyarakat prejudis terhadap Islam.

“Justeru, kita minta HINDRAF tarik balik memo yang mereka hantar kepada Yang di-Pertuan Besar,” tegasnya pada sidang media di sini, pagi ini.

19 Mac lalu, HINDRAF menghantar memo menggesa Yang di-Pertuan Besar untuk campur tangan dalam kes Thiyaggurudeen bin Ganesan, pelajar yang cuba membunuh diri dengan meminum kopi bercampur racun paraquat.

Justeru, HINDRAF meminta jaminan kepada Yang di-Pertuan Besar agar tidak ada percanggahan oleh pihak berkuasa agama Islam sekiranya berlaku kematian kepada pelajar tersebut.

HINDRAF juga meminta Yang di-Pertuan Besar memastikan pihak berkuasa agama Islam tidak lagi mengganggu keluarga Ganesan.

Bagaimanapun, siasatan Ismaweb.net mendapati bapa remaja berkenaan bukan beragama Hindu sebaliknya dia telah memeluk Islam dan menggunakan nama  Kamarulzaman Ganesan bin Abdullah, sebelum berkahwin dengan ibu Thiyaggurudeen, seorang warga Indonesia beragama Islam.

ISMAweb.net difahamkan bahawa Kamarulzaman Ganesan memeluk Islam sekitar tahun 1980-an dan pada tahun 2000 dia berkahwin dengan seorang wanita Indonesia beragama Islam.

Sementara itu, Seorang lagi wakil gabungan pertubuhan itu, Shamsul Azhar Yahya, berkata kenyataan HINDRAF kepada Yang di-Pertuan Besar hanya berpandukan maklumat sebelah pihak.

“Memo yang dihantar tidak berlandaskan fakta yang betul.

“HINDRAF mengatakan pelajar tersebut meminum racun kerana bimbang dipisahkan oleh pihak berkuasa agama Islam dari bapanya.

“Ini sama sekali bertentangan dengan laporan polis yang dibuat bapanya, Ganesan pada 11 Mac bahawa anaknya meminum racun kerana telah dimarahi oleh abangnya, Ramesh yang berumur 26 tahun.

“Nampak di situ berlaku percanggahan fakta,” katanya.

Turut serta dalam sidang media ialah wakil Gabungan Pertubuhan Dakwah Negeri Sembilan ialah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Angkatan Belia Islam Nasional (ABIM), Yayasan Kasih Sayang, Skuad Mubaligh, Pemuda UMNO Rasah, IKRAM, Persatuan Anak-Anak Terengganu Negeri Sembilan dan PERKIM.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana