Tiga kejadian tembak serentak dalam sehari...Malaysia boleh jadi 'negara koboi'

Tidak lama dulu kejadian seperti ini agak hangat.Kemudian agak senyap lama juga apabila polis menjalankan gerakan besar-besarkan membenteras kegiatan kongsi gelap.
Namun akhir-akhir ini ia kembali menjadi-jadi balik.

Ramai yang merasa bimbang melihat perkembangan kejadian tembak di sana sini.

Ini lebih-lebih lagi dengan tiga kejadian serentak yang berlaku Isnin.

Ketiga-tiga melibatkan kejadian tembak di atas jalan.

Sekalipun kejadian mungkin melibatkan permusuhan antara geng kongsi gelap jika tidak terkawal ia boleh mencetuskan imej seolah Malaysia kini sudah jadi 'negara koboi'.

Dalam kejadian terbaru Isnin malam di Pulau Pinang seorang lelaki maut ditembak dari jarak dekat di Jalan Scotland,Georgetown

Mangsa yang berusia 51 tahun dan bekerja dengan syarikat pengawal keselamatan ditembak dua lelaki yang menunggang motosikal ketika dia berhenti di lampu isyarat pada pukul 9.30 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Mazlan Kesah berkata suspek telah menghampiri kereta Honda Odyssey mangsa dan melepaskan beberapa das tembakan.

"Lebih lima tembakan yang dilepaskan dari sebelah kanan kereta mangsa mengenainya menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai dua rekod jenayah membabitkan kes curi.

Polis menemui beberapa kelongsong dan peluru hidup 9mm di tempat kejadian.

Mazlan berkata mangsa memandu kereta berkenaan bersama seorang lagi lelaki berusia 24 tahun yang juga mempunyai rekod jenayah.

"Mereka dikatakan datang dari kuil berhampiran dan dalam perjalanan pulang ke Perai," katanya.

Pada sebelah tengahari seorang lelaki India M. Thanabalan, 38M. Thanabalan, 38,cedera parah selepas terkena enam das tembakan di persimpangan lampu isyarat Jalan Reko, Kajang pada jam 12.46 tengah hari Isnin.

Mangsa M. Thanabalan, 38, yang menaiki kereta Honda Accord sedang berhenti di lampu isyarat sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata salah seorang daripada mereka kemudian melepaskan tembakan yang mengenai bahu kanan, pipi kanan dan dada kanan mangsa.

Ab Rashid berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Kajang sebelum dipindah ke Hospital Serdang.

Dia kini berada di Unit Rawatan Rapi dalam keadaan tidak sedar namun stabil.

Manakala pada awal pagi Isnin pada jam 12.10 pagi di Sungai Petani Seorang pemilik premis mencuci kereta maut selepas ditembak dari jarak dekat, di hadapan rumahnya di Taman Sri Gedung, berhampiran Jalan Lencongan Timur.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Khalil Ariffin berkata mangsa, S. Thanabalan, 34, ketika itu berada dalam kereta jenis Perodua Viva berwarna kelabu, dipercayai ditembak empat suspek yang menaiki kereta jenis Perodua MyVi berwarna putih.

"Beberapa das tembakan dilepaskan kepada mangsa menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat," katanya.

Polis, menurutnya, masih menjalankan siasatan dan usaha memburu suspek masih diteruskan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana