Tanda Tanda Sudah Ada.....Bakar Lilin Sudah Ada...Iszuree Bimbang PAS Bakal Jadi Parti Sekular

GEORGETOWN 5 Mac - Pas perlu mengekalkan kepimpinan ulama bagi menerajui parti itu bagi memastikan perjuangan Pas kekal berlandaskan prinsip Islam dan al-Quran.

Yang Dipertua Pas kawasan Bayan Baru, Iszuree Ibrahim berkata, kepimpinan ulama sangat diperlukan bagi mengekalkan wadah perjuangan parti yang menjadikan Islam sebagai tunjang dan teras utama.

“Sejak penubuhan Pas lagi parti ini diterajui golongan ulama dan ia perlu diteruskan agar perjuangan Islam yang dibawa oleh parti terus digerakkan.

“Ulama perlu terus memimpin dan boleh dibantu oleh golongan profesional untuk mengukuhkan lagi parti,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, jika pimpinan Pas beralih tangan kepada  bukan ulama, ia dikhuatiri menjejaskan imejnya yang kini satu-satunya parti memperjuangkan Islam di negara ini.

“Saya bimbang sekiranya bukan golongan ulama yang memimpin Pas akan lari daripada perjuangan asal.

“Saya yakin semua ahli Pas tidak mahu melihat parti ini menjadi sebuah parti sekular seperti parti lain,” katanya.

Mengulas mengenai kedudukan Presiden Pas, Iszuree berkata, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu dikekalkan untuk terus memimpin parti itu.

Menurutnya, sekiranya ada pencabar sekali pun untuk merebut jawatan berkenaan biarlah individu berkenaan lebih baik daripada Abdul Hadi.

“Sesiapa sahaja boleh menawarkan diri atau mencabar kedudukan presiden, namun ia bergantung kepada perwakilan.

“Bagaimanapun jika ada yang mahu merebut jawatan itu biarlah ia susuk tubuh lebih baik dan perlu mengekalkan perjuangan Islam,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana