Tai chi Pakatan yang tersilap langkah untuk mendapatkan Anwar ke sidang Parlimen

Pakatan Rakyat kelihatan telah membuat satu kesilapan besar di dalam permainan tai chi mereka untuk mendesak Ketua Pembangkan Datuk Seri Ibrahim diberikan pelepasan sementara dari penjara untuk menghadiri sidang parlimen.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah berjaya menyempurnakan gerakan tai chi tahap tingginya sendiri di dalam mengelak dari menjadi orang yang bertanggung jawab memutuskan kemungkinan pembebasan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Seni pertahanan diri Cina ini dikenali kerana kecantikan gaya gerakannya yang perlahan dan teratur dan juga hampir bersahaja di dalam pertahanan yang berpotensi menjadi serangan yang berbahaya.

Prinsip asas di sebalik amalan purba ini adalah ‘menarik’ tenaga lawan dan ‘menolaknya’ kembali kepada mereka di dalam bentuk yang boleh membawa maut. Ideanya adalah dengan memanipulasi tenaga Yin (lembut) dan Yang (keras) di dalam tradisi Cina ini.

Gerakannya bergantung kepada melencongkan dan mengungkaikan tenaga keras dan meluaskan dan fokus kepada tenaga lembut.

Secara santainya, terma “tai chi” di Malaysia diambil dari konotasi perkataan muslihat, manipulasi isu yang berskil dan mengalihkan penyalahan dan ianya biasa di dalam arena politik.

Dalam mana-mana kes, tai chi 87 ahli parlimen Pakatan Rakyat cuba untuk membesarkan tenaga lembut yang Anwar “mesti dibenarkan” untuk hadir ke sidang walaupun beliau langsung tiada hak untuk berbuat demikian dengan status sebagai banduan, mungkin salah langkah berbanding langkah yang bernas.

Di dalam kenyataan bersama pada 27 Feb, ahli parlimen ini menekankan bahawa kehadiran Anwar “akan memastikan kepentingan rakyat akan dijuangkan dengan bersungguh-sungguh” oleh itu, beliau harus dibenarkan untuk hadir sidang parlimen dan menjalankan fungsi beliau sebagai ketua pembangkang.

“Pada 9 Mac, Agung akan merasmikan Dewan Rakyat. Pada 10 Mac, negara mahu melihat Anwar Ibrahim bangkit dari kerusinya di kawasan hadapan pihak pembangkan dan memulakan perdebatannya.

“Tentang kepentingan rakyat, kerajaan mestilah memastikan debat berlangsung dengan membenarkan Anwar Ibrahim hadir sidang parlimen,” kata mereka.

Tai chi lembut mereka di sini adalah bermaksud bawah kehadiran Anwar di parlimen adalah kelebihan buat rakyat, tetapi ianya adalah gerakan yang tidak sempurna kerana mereka gagal untuk menangkis sebarang keraguan yang kehadiran ketua pembangkang itu hanya kelebihan buat Pakatan dan bukannya rakyat.

Kehadiran Anwar mungkin hanya lebih kepada rahmat buat pembangkang untuk meraih sokongan moral ke atas kempen mencabar pemenjaraan beliau, lebih-lebih lagi di dalam mengumpul sokongan orang kenamaan asing yang bakal datang melawat yang sudah pun memberi kritikan.

Tambahan pula, sesetengah ahli parlimen Pakatan juga mengetengahkan perkara bahawa Anwar sebagai ketua pembangkang mestilah hadir jemputan minum teh oleh Agong kerana ia adalah haknya.

Satu lagi gerakan tai chi yang gagal kerana jemputan itu bukanlah datang dari Agong sebaliknya dari Speaker Parlimen. Agong hanyalah hadir sebagai jemputan kehormat.

Gerakan tai chi Pakatan yang tidak begitu licik ini menyerlahkan tai chi tingkat tinggi BN di dalam menguruskan kenyataan yang bercanggah yang datang dari Kementerian Dalam Negeri.

Ketika lebih terkenal kerana kelancangan berbanding kelembutan, respon Zahid kepada permintaan Pakatan Rakyat untuk kehadiran Anwar sebagai ketua pembangkang di Parlimen mirip kepada guru tai chi.

Zahid pada 26 Feb, walaupun sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas Jabatan Penjara, mendakwa permintaan sebegini hanya boleh diputuskan oleh Pendakwa Raya Tan Sri Abdul Ghani Patail.

“Saya memohon untuk berbeza pendapat dengan timbalan menteri yang telah membuat kenyataan media, kes ini mestilah dirujuk kepada Pendakwa Raya.

“Tiada sebarang keperluan untuk pendapat individu, sama ada antara menteri atau ahli politik, kita perlu meletakkan tanggungjawab ini kepada pengamal undang-undang terutamanya Pendakwa Raya untuk mentafsir berdasarkan peruntukan di dalam perlembagaan persekutuan, dan klausa lain di dalam undang-undang yang berkaitan,” naib presiden Umno ini dilaporkan sebagai berkata di sidang media.

Tai chi tingkat tinggi beliau jelas sekali direka untuk mengelak dari membuat keputusan tentang isu sensitif dan mengalihkan tugas ini kepada Pendakwa Raya, sebagai pihak yang kelihatan tidak menyebelahi pembebasan Anwar.
Di dalam respon, portal atas talian The Malaysian Insider pada 27 Feb memetik peguam Anwar, N Surendran bertanya “sejak bila Jabatan Penjara di bawah Pendakwa Raya?”

“Zahid seharusnya tidak berdolak-dalik tetapi sebaliknya membantu permintaan Anwar,” kata naib presiden PKR itu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, serta beberapa pakar perundangan lain juga sebelum ini turut menyatakan bahawa keputusan akhir untuk membantu kehadiran Anwar di Parlimen seharusnya di tangan Zahid.

Di dalam satu gerakan licik, Zahid berpotensi menyerap segala tenaga dan ‘membunuh’ peluang Pakatan untuk melihat Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh untuk hadir di sidang parlimen seterusnya.

Sokongan rakyat di belakang protes pemenjaraan Anwar kali ini mungkin tidak sekuat pada zaman Reformasi 1998 tetapi terdapat bantahan antarabangsa yang semakin memuncak menentang apa yang dipercayai sebagai sebuah konspirasi politik yang dikenakan ke atasnya.

Pada 10 Feb, Mahkamah Persekutuan mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 2014 bahawa membatalkan pembebasan Anwar kerana meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun.

Kedudukan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan ketua pembangkang akan kekal sah sehingga keputusan permohonan pengampunan diraja diketahui.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana