Tahniah DS Abdul Azeez dengan lantang membidas dakwaan parti pembangkang....

Kecewa apabila Abdul Azeez dapat mematahkan setiap tuduhan pembangkang dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), teguran Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pembelian pesawat rasmi kerajaan, pembangkang mula buat bising.

Tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu, dalam isu 1MDB mi­salnya, semua pihak perlu memberi ruang kepada Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menjalankan siasatan berhubung kontroversi yang timbul.

“Kalau semua ganggu, buat andaian berdasarkan khabar angin, ini akan ganggu siasatan. Kita akan bawa ke dewan dan bincang tindakan susulan. Biarlah kita adil,” katanya semasa membahas usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Tambahnya, terpulang kepada Ketua Audit Negara untuk memanggil sesiapa sahaja dalam isu 1MDB, termasuk Perdana Menteri jika difikirkan sesuai bagi membantu siasatan kerana kerajaan cukup terbuka dalam hal berke­naan.

Kepada usaha pembangkang yang mahu memperalatkan teguran Dr. Mahathir terhadap kerajaan sebagaimana dibangkitkan Rafizi Ramli (PKR-Pandan), Abdul Azeez berkata, itulah amalan demokrasi dalam parti UMNO.

“Inilah bukti sistem demokrasi, tegur-menegur. Macam ayah tegur anak. Bila ada teguran betul, kita terima,” katanya.

Sementara itu, Abdul Azeez menyindir pemimpin pembangkang yang sanggup ‘menjadi model’ semasa mengadakan sidang akhbar berhubung pembelian pesawat rasmi kerajaan, walaupun sedar perbuatan tersebut tidak bijak.

“Padahal jika Pandan jadi Perdana Menteri, beliau juga akan guna pesawat itu. Malah kalau Kapar (PKR-M. Gowindasamy) jadi Timbalan Perdana Menteri, Kapar juga akan naik jet ini tapi nauzubillah takkan jadi,” sindirnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana