Steven Thiru Presiden Majlis Peguam Yang Baharu...Kita Tunggu Dan Lihat

KUALA LUMPUR: Steven Thiru telah dipilih sebagai Presiden Majlis Peguam bagi penggal 2015/2016, menggantikan Christopher Leong yang telah menyempurnakan khidmatnya dalam tempoh maksimum selama dua penggal.

Turut bersama Steven adalah George Varughese yang telah dipilih sebagai naib presiden yang baharu pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Peguam ke-69 di sini, Sabtu.

Sementara itu, bekas wakil Majlis Peguam Negeri Melaka Karen Cheah telah dipilih sebagai setiausaha yang baharu dan bekas wakil Majlis Peguam Negeri Pulau Pinang Abdul Fareed Abdul Gafoor dilantik sebagai bendahari yang baharu.

Steven kemudian berkata AGM tahun ini mencatatkan rekod kehadiran 1,906 ahli.

Mesyuarat itu, yang bermula pada pukul 10 pagi membincangkan 11 usul diikuti dengan pemilihan, mengambil masa 10 jam untuk membuat kesimpulan dan berakhir pada pukul 8 malam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana