Siapa Tipu Siapa!!!! Azmin Yang Langgar Perjanjian Air, Bukannya Kerajaan Pusat

KERAJAAN Persekutuan menafikan dakwaan bahawa pihaknya ada menuntut tanah percuma daripada negeri Selangor tetapi mendakwa Menteri Besarnya Azmin Ali gagal menjalankan peranannya dalam perjanjian air.

Untuk pengetahuan perjanjian berkenaan oleh Azmin beberapa hari lepas.

Mewakili kerajaan, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata Azmin dilihat kurang maklumat berkenaan terma-terma Perjanjian Utama Air yang ditandatangani antara kedua-dua pihak.

Perjanjian berkaitan bekalan air itu dimeterai antara Kerajaan Persekutuan dan Selangor pada September tahun lepas.

“Tanah tersebut bukan diambil terus tetapi cuma untuk pajakan selama 45 tahun. Selepas itu ia dikembalikan semula kepada kerajaan Selangor.

“Jadi apa yang Azmin cakap tidak betul. Beliau tidak faham..tanah tersebut sudah pun dimasukkan dalam definisi aset (di dalam perjanjian),” katanya.

Dalam laporan portal Antarapos, Azmin dikatakan mendakwa Putrajaya cuba mendapatkan “kedaulatan” ke atas tanah dan aset air Selangor sebagai alasan membatalkan perjanjian berkenaan.

“Percanggahan daripada Perjanjian Utama yang cuba dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat akan menyaksikan Selangor hilang kedaulatan ke atas tanah dan aset air.

“Kegagalan untuk melaksanakan Perjanjian Utama tersebut adalah akibat pendirian terkini Kerajaan Persekutuan yang enggan menghormati prinsip dan semangat Perjanjian Utama yang ditandatangani pada 12 September 2014,” kata Azmin dalam sidang medianya di Lobi Parlimen semalam.

Menurut Ongkili lagi, permohonan tempoh lanjutan untuk melaksanakan Perjanjian Utama itu dilakukan kerana kerajaan negeri pimpinan Azmin gagal melaksanakan peruntukan tertentu yang sudah dipersetujui.

Ini termasuk kegagalan syarikat Air Selangor memindahkan aset air kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bagi membolehkan PAAB menyediakan peruntukan RM1.68 bilion.

Peruntukan itu adalah bagi membantu kerajaan negeri menerusi Air Selangor mengambil alih syarikat konsesi air seperti Syabas, Puncak Niaga dan ABASS.

Beliau berkata kerajaan Selangor gagal menyelesaikan isu-isu berkenaan bagi membolehkan Perjanjian Utama itu dilaksanakan meskipun diberi tempoh lanjutan diberikan.

“Sebaliknya MB Selangor mengumumkan kerajaan Selangor tidak berhasrat melanjutkan Perjanjian Utama,” kata beliau.

Ongkili juga menegaskan kerajaan negeri tidak harus mengaitkan pembinaan loji rawatan Langat 2 dengan Memorandum Persefahaman ( MOU) dan Perjanjian Utama yang ditanda tangani September lalu.

Pembinaan loji rawatan itu adalah projek kerajaan persekutuan sepenuhnya namun tertakluk kepada kelulusan tertentu daripada kerajaan negeri.

Ongkili menggesa Azmin menghormati persetujuan yang telah dimeterai itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana