Segalanya mahu 'diliwat'...Ngada Ngada Perjuangan PR Ni

Cuba tanya sana sini.Ada yang merasa nak termuntah melihat segalanya hendak 'diliwat' sesuka hati manakala ramai juga yang berpendapat masanya sudah sampai kerajaan kena hentak kaki bertegas hadapi cacamarba ini.
Siapa yang tak rasa begitu kalau kebelakangan ini segenap sudut sistem perundangan negara hendak dirobek oleh gelagat puak pembangkang macam kaduk naik junjung merasa seolah mereka boleh buat apa saja.

Ketika aksi publisiti murahan Datuk Mahfuz Omar PAS terbang ke Sydney membawa ibu dan adik Sirul Azhar Umar,PKR kini sedang giat terkinja-kinja hendak 'mengsucikan' Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi sidang Parlimen yang akan bermula 9 Mac ini.

Semua orang sudah boleh buat andaian apa yang tersirat disebalik susah payah 'misi kemanusiaan' Mahfuz untuk bertemu Sirul dan juga apa nawaitu PKR nak buat bising mendesak seorang yang didapati bersalah meliwat dibenarkan hadir sidang Parlimen.

Tolak sebelah Mahfuz yang nampak cukup bernafsu nak mencipta nama menjelang pemilihan Muktamar PAS Jun ini,ramai pemerhati yang melihat usaha PKR tidak lebih dari hendak memanjangkan kontroversi liwat Anwar yang sepatutnya sudah tamat dengan hukuman lima tahun penjara.

Ada sumber PKR mengakui jika isu Anwar mati begitu saja dan luput dari ingatan orang maka jenuhlah pimpinan parti itu garu kepala hendak mencari isu untuk buat penyokong sentiasa geram, demi survival politik parti itu.

Jadi apa nak hairan jika Datuk Seri Dr Wan Azizah cuba jadikan kebimbangannya tidor Anwar terganggu kerana nyamuk dalam penjara satu isu manakala Menteri Besar Selangor Azmin Ali mengekalkan bosnya pada jawatan Penasihat Ekonomi Negeri.

Bunyi semua ini memang lawak macam kisah Mahfuz kantoi baru-baru ini tidak dapat hubungi Sirul depan puluhan wartawan konon untuk buat sidang akhbar menerusi telefon di ibupejabat PAS.

Begitu juga mengenai ancaman Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, Selasa hendak adakan protes bersama Ahli Parlimen Pakatan jika Anwar tidak dibenarkan menghadiri sesi Dewan Rakyat.

Semua orang sudah lihat bagaimana kononya demo 'Kita Lawan' tiga minggu berturut-turut depan Sogo di Kuala Lumpur berlangsung tanpa sambutan orang.

Setiap minggu muka itu dan muka itu juga yang memekak di situ untuk mempertahankan kemungkaran meliwat.

Ini dikatakan indikasi jelas bagaimana orangramai sudah muak hendak melayan puak yang cuba hendak mempertahankan satu perbuatan yang sangat keji apa lagi dilakukan oleh seorang pembesar parti politik.

Harapan hendak membangkitkan semula demo kes liwat pertama dulu yang sejak awal lagi menarik kehadiran ribuan orang sudah pudar.

Mungkin kerana bimbang takut malu tidak ramai orang,penganjur demo itu telah menolak arahan polis agar demo pada 7 Mac dibuat di sebuah stadium dan tidak di depan Sogo.

Ini kerana jumlah kehadiran sebenar orang dalam stadium tidak dapat diselindung.

Satu negara melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana kes liwat kedua berlarutan hampir enam tahun di mahkamah dengan berpuluh-puluh kali penangguhan kerana terpaksa melayan kehendak Anwar dan para peguamnya.

Pokok pangkalnya proses undang-undang menerusi mahkamah sudah tamat.Liwat tetap liwat.

Tiada apa yang boleh nak dolak dalik Anwar melakukan perbuatan itu dengan keputusan muktamad lima hakim Mahkamah Persekutuan beliau bersalah.

Kemunculan keluarga Anwar pada saat akhir 24 Mac mengemukakan permohonan pengampunan dilihat adalah sebahagian dari babak drama untuk kasi panjang cerita.

Kecuali penyokong tegar yang dulu,kini dan selamanya boleh pekakkan telinga dan butakan mata pada fakta kes liwat itu,siapa saja yang waras pasti akan kata 'gila babi' nak benarkan seorang peliwat hadir sidang Dewan Rakyat.

Gunalah apa alasan sekalipun ia bukan sahaja merobek sistem perundangan malah juga satu penghinaan keatas institusi Parlimen Malaysia.

Bagi bekas Menteri Penerangan,Tan Sri Rais Yatim yang juga seorang peguam Selasa berkata rakyat Malaysia harus terima hakikat bahawa "undang-undang tetap undang-undang dan tidak mencampurkannya dengan simpati politik".

Katanya proses undang- undang telah selesai dan Anwar harus menjalani hukuman penjara dan menghormati undang-undang.

Beliau berkata Mahkamah Persekutuan telahpun membuat keputusan dan mendapati Anwar bersalah kerana meliwat.

Jika Anwar mahu mendapatkan pengampunan diraja, ia merupakan isu bukan perundangan dan sekarang terserah kepada Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai budi bicara dan kuasa mutlak untuk mendengar petisyen itu, kata beliau.

"Anwar harus menjalani hukuman penjara dan menghormati undang-undang negara. Bagaimana kamu boleh muncul sekarang ( hadir sidang Parlimen) dan mahu orang lain untuk mencontohi kamu sedangkan kamu sendiri tidak menghormati sistem yang kamu sendiri mendukungnya?"

Sementara Yang Dipertua Dewan Negara,Tan Sri Abu Zahar Ujang ketika diminta mengulas usaha PKR memohon membenarkan Anwar hadiri sidang Dewan Rakyat berkata secara peribadi beliau berpandangan sesiapa sahaja yang telah dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan jenayah perlu menghormati keputusan mahkamah.

Beliau merasa jika dibenarkan Anwar hadir di Parlimen ia akan menjadi langkah pertama yang tidak baik.

"Kalau nak keluar (hadiri sidang Parlimen) saya rasa kalau buat sesuatu benda yang 'precedent it becomes bad precedent' (duluan ia akan menjadi duluan yang tidak baik)," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana