Saksikan wayang PKR Dan the geng sepenuhnya....

Adakah keluarga Anwar Ibrahim sedang berusaha membebaskan beliau dari hukuman meliwat atau sedang menguji dan mencabar Institusi Raja Berperlembagaan untuk tontonan dunia?

Antara mesej dan motif di sebalik tindakan drastik keluarga Anwar menghantar petisyen pengampunan kepada Yang Dipertuan Agong pada hari terakhir sebelum kelayakan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dilucutkan.

Umum tahu sejarah keluarga Anwar Ibrahim yang lantang menentang sistem pemerintahan beraja bersama sekutunya Dap.Isu penghinaan kepada Sultan Perak dulu,isu perlantikan MB Selangor yang baru hingga Sultan murka.

Pakatan Rakyat juga pernah cuba mengheret Institusi Raja ke makhamah.Saya nampak hari ini jika Anwar Ibrahim gagal dapat pengampunan maka akan berlaku satu lagi sandiwara yang besar memperlekeh Institusi Raja dan gerakan menghasut rakyat membenci Sistem Raja Berperlembagaan atas alasan tiada keadilan dan berat sebelah..atau mungkin tuduhan liar yang lain bahawa UMNO dalang di sebalik semua ini.Mungkin juga keluarga Anwar Ibrahim sedang meletakkan tekanan yang besar kepada pembuat keputusan.Berikut kenyataan Nurul Nuha;

"bersandarkan kepada Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan,Kami meletakkan keyakinan kepada proses perlembagaan ini serta percaya prinsip keadilan akan ditegakkan apabila kesemua fakta-fakta diteliti secara menyeluruh TANPA CAMPUR TANGAN POLITIK mahupun mana-mana cabang kerajaan bersesuaian dengan prinsip pemisahan kuasa melalui institusi Raja Berperlembagaan".

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana