Rafizi cemburu KJ sertai forum di Harvard Business School ...?Tidak Sangka Lagi KJ Memang Hebat

Exco Pemuda UMNO Ibdillah Ishak mempunyai soalan yang menarik kepada Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli...
Adakah Rafizi cemburu kerana tiada peluang untuk berwacana bersama Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin di di Harvard Business School sempena Harvard Asia Business Forum?

Khairy kini berada di Amerika Syarikat untuk menghadiri beberapa forum antarabangsa antaranya berucap di Harvard Business School dengan tajuk "Southeast Asia Rising: Looking Beyond 2015".

Selain itu, Khairy turut berucap di Forum Kepimpinan Banyan anjuran Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa Kerusi Pengajian Asia Tenggara di Washington DC.

Selain ke Penn State University untuk menghadiri East Coast Festival (ECFest).

Dalam satu kenyataan yang diterima Agendadaily Selasa, Ibdil mendakwa Rafizi seumpama sida-sida yang kecewa kerana gagal merangka strategi untuk membentuk kerajaan di peringkat Federal.

"Rafizi seakan-akan memperlekehkan suara akar umbi ataupun suara rakyat dengan pelbagai langkah politik yang dilihat lebih cenderung kepada membela nasib Anwar Ibrahim bukannya rakyat,"ujarnya.

Ibdil turut bertanya mengapa Rafizi tolak tawaran debat dengan beliau.

"Saya ingin dedahkan kepada semua, manusia yang bagaimana memimpin PKR mahupun Pakatan Rakyat hari ini.

"Saya ulangi hasrat saya untuk berdebat dengannya di mana sahaja pada bila-bila masa. Bukan sahaja soal Anwar, malah kita boleh debat soal kegagalan ‘Kajang Move’ yang telah menjejaskan prestasi negeri itu," katanya.

Mengenai dakwaan Rafizi bahawa Khairy bacul kerana enggan berdebat dengan Rafizi... kata Ibdil Khairy belum lagi respon kepada cabaran itu.

"Takkan kalau belum respon dah digelar bacul? Saya berprasangka baik, mungkin dia tak faham definisi 'bacul'. Elok dia pergi beli kamus daripada buat pelbagai fitnah dan spekulasi yang tidak cerdik dia tu.

"Ingin diingatkan ketika Rafizi berdebat dengan YB Ketua Pemuda UMNO Malaysia mengenai isu PTPTN, dia bukanlah seorang Ahli Parlimen, hanya pemegang jawatan dalam PKR. Status bukan satu penghalang. Jangan jadi seorang sida-sida, sebaiknya dia terima cabaran debat dengan saya ini," cabar beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana