Pindaan hudud: Umno sokong tapi mahu butiran lanjut, kata Norzula

SHAH ALAM: Umno Kelantan pada dasarnya menyokong usaha PAS Kelantan mahu membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II melalui sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula Isnin ini.

Menurut ADUN Paloh, Datuk Norzula Mat Diah, sokongan 11 lagi wakil rakyat Umno-BN terhadap hasrat lebih 20 tahun parti itu hanya akan diterjemahkan melalui apa yang diusulkan PAS Kelantan kelak.

"Kita sudah putuskan bahawa kita akan setuju dan sokong. Namun kita tidak tahu lagi bagaimana (perinciannya), tunggu 16 Mac nanti untuk berbincang.

"Kita bincang nanti berasaskan kepada perkara-perkara yang akan dibentangkan PAS kelak," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

Bagaimanapun sebagaimana dimaklumkan Norzula, Umno Kelantan sehingga kini tidak diajukan sebarang butiran lanjut berhubung pelaksanaan undang-undang Islam itu.

Untuk rekod, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sepatutnya mengadakan satu sidang khas pada 29 Disember lalu bagi mengemukakan pindaan terhadap Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan sebelum usul rang undang-undang persendirian itu dibawa ke Dewan Rakyat.

Namun ia tertangguh apabila negeri itu dilanda banjir besar pada penghujung tahun lalu.

PAS Kelantan kemudiannya menetapkan 16 hingga 19 Mac ini bagi membentangkan pindaan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II.

Kelantan menggunapakai peruntukan Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan, dimana kerajaan persekutuan melalui kebenaran Dewan Rakyat memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk melaksanaan undang-undang tersebut.

Umno Kelantan sebelum ini pernah menyatakan pendirian untuk menyokong hasrat PAS melaksanakan hudud di negeri itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana