Pendirian UMNO pasal Hudud...tunggu PM umum Isnin atau Selasa

Di tengah kehangatan isu Hudud setelah Dewan Undangan Negeri Kelantan lulus pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Khamis lalu sudah tentu semua orang hendak tahu apa pendirian rasmi UMNO Pusat mengenainya.

Sekalipun 12 Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO/BN sokong pindaan itu di DUN Kelantan namun kini ia perlu melalui proses yang lebih besar yakni diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Apakah 87 dari 88 Ahli Parlimen UMNO yang beragama Islam akan sertai 21 Ahli Parlimen PAS undi sokong usul persendirian Kerajaan Negeri PAS Kelantan bila dibentangkan di situ nanti?

Juga apakah 10 Ahli Parlimen Islam dari parti komponen Parti Pesaka Bersatu Sarawak (PBB) akan sokong selain Ahli Parlimen Bebas tunggal,Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tanda tanya mengenai pendirian UMNO akan terjawab samaada Isnin atau Selasa ini.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri akan buat kenyataan dalam sehari dua ini.

Di temui wartawan selepas satu majlis di Putrajaya Ahad,beliau juga berkata pelaksanaan hudud itu bagaimanapun perlu mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Tengku Adnan juga hentam DAP dan PKR yang cuba gugat keutuhan BN mengunakan isu Hudud sedangkan mereka yang berdepan masalah.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata isu hudud sebenarnya merupakan provokasi DAP dan PKR, yang cuba mengelirukan dan memecah-belahkan BN.

"Saya tidak kata yang kami menentang hudud. Hukum tetap hukum. Sebagai orang Islam, hukum Allah merupakan hukum. Pihak yang memainkan (isu) ini ialah DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)

"Mereka ingat mereka boleh memecah-belahkan BN. Kepimpinan BN adalah berbeza kerana kami percaya pada keputusan konsensus dan kerana itulah kami mengadakan mesyuarat khas dengan semua pemimpin utama parti komponen BN untuk mendapat pandangan mengenai hukum hudud,"katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana