Pemilihan Parti Penentu Episod Barua Dalam PAS....Siapakah Itu...?

KUALA LUMPUR 7 Mac - Kumpulan ulama PAS akan menunggu pada hari pemilihan PAS sebagai titik tolak kepada kepincangan parti diatas kewujudan 'barua' didalam parti.

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berkata, beliau percaya kepada ahlinya yang ingin melihat PAS terus diteraju oleh kumpulan yang memperjuangkan Islam dari diambil alih pembelot.

“Hal ini akan selesai apabila berlaku muktamar PAS. Panas sekejap, (kerana) berlaku pemilihan.

“Malah saya percaya ahli PAS yang hadir pada muktamar nanti sudah cukup matang untuk membuat pemilihan dan penilaian. Mereka akan tahu siapa yang akan membina parti yang mereka dukung dan siapa yang akan menjadi liabiliti.

“Jadi sudah pastilah siapa yang menjadi liabiliti kepada parti, maka ahli PAS akan menghukum. Oleh itu, maka lepas muktamar nanti, keadaan ini akan reda-seredanya,” katanya.

Kenyataan itu jelas menunjukkan sikap ulamak yang berserah kepada suratan takdir untuk menentukan hala tuju parti Islam itu.

Tanpa menuding jari kepada sesiapa, Haron yakin pergolakan semasa dalam PAS yang dilabelkan sebagai pertembungan di antara golongan ulama dan profesional akan reda selepas ahli parti membuat pilihan mereka.

Pun begitu, kita tidak tahu sama ada di sebalik kenyataan itu, ada gerakan tersembunyi dilakukan puak ulamak untuk menangkis pengaruh kuasa barua-barua parti rakan yang mewah wang untuk membeli pengaruh.

Apa yang pasti ialah barua-barua dalam PAS kini semakin jelas menampakkan diri dan tidak lagi terlalu mengawal tindak tanduk lantaran isu itu semakin meluas diperkatakan.

Malah, tindakan sebahagian ahli PAS pun semakin tidak menunjukkan amalan Islam budaya Melayu lantaran penggunaan tindakan kekerasan antara golongan ulama dan golongan proffesional.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana