PAS kecoh: Hadi sekali lagi elak jumpa media

SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi mengelak  media pada satu majlis di sini malam tadi, ketika partinya dibelit dengan pelbagai kontroversi dan perbalahan dalaman menjelang pemilihan pucuk pimpinan PAS Jun ini.

Terdahulu, pada sebelah pagi di Marang, Hadi memberitahu media beliau tidak begitu sihat untuk menjawab soalan media selepas menghadiri sebuah majlis anjuran PAS.

Malam tadi, Hadi menyampaikan ucaptama disambutan ulang tahun ke 25 Tahun Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) di Universiti Selangor (Unisel).

Beliau meninggalkan majlis sejurus selepas menyampaikan ucapan tanpa memberi ruang untuk di wawancara oleh media.

Dalam ucapannya, Hadi menekankan sifat-sifat yang perlu dimiliki oleh umat Islam dalam berdepan dengan musuh mereka.

"Tak boleh menyerang musuh yang mahu berdamai. Pendamaian perlu diutamakan," kata beliau.

"Sekiranya musuh yang berperang itu mahu berdamai terima pendamaian itu dan bertawakal kepada Allah. Islam mendahulukan pendamaian, berakhir dengan Allah menyempurnakan Islam itu," tambah Hadi.

Hadi berkata Islam turut melarang umatnya untuk bertindak zalim terhadap penganut agam lain.

PAS pimpinan Hadi kini dilanda perbalahan dengan beberapa pemimpin parti itu menuduh golongan ulama dalam parti itu termasuk kerajaan negeri Kelantan semakin mesra dengan Umno.

Tuduhan itu menyusul susulan kerjasama baik di antara kerajaan Kelantan dan Putrajaya dalam membantu mangsa banjir di negeri itu.

Beberapa pemimpin ulama secara terang-terangan mendakwa wujudnya konspirasi di dalam PAS untuk menjatuhkan Hadi pada pemilihan parti yang akan datang.

Konspirasi itu didakwa didalangi oleh timbalan presiden Mohamad Sabu dan pengarah pilihanraya parti Dr Hatta Ramli.

PAS telah membentuk sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat kesahihan dakwaan itu.

Pada masa sama, golongan ulama memberi amaran ia tidak akan tunduk kepada tekanan golongan profesional atau DAP dan PKR untuk melengah atau membatalkan hasrat kerajaan Kelantan melaksanakan hudud di negeri itu.

Isu itu menjadi duri dalam daging Pakatan Rakyat sekali gus menjejaskan masa depan pakatan pembangkang itu sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana