Pakatan Pembangkang sekali lagi ajak berdemo untuk nafsu syaitan nurul izzah.....

Pelancaran kempen #kitalawan pecat ketua polis negara itu akan diadakan di depan sogo 21 mac

Dan akan berterusan sehingga 28 mac 2015

Antara mesej nafsu syahwat nurul izzah yang nak di sampaikan kepada rakyat

Ialah

1. Kami dari gabungan #KitaLawan berasa amat kecewa dan tidak puas hati dengan sikap Ketua Polis Negara (IGP), Khalid Abu Bakar, yang bersikap tidak adil, tidak professional dan berniat jahat dalam pengendalian kes-kes perhimpunan aman.

2. Sejak perhimpunan aman 7hb Mac, pihak polis di bawah arahan IGP telah menahan 10 orang aktivis dan pimpinan politik. Ada di kalangan mereka ini ditahan apabila membantu siasatan polis secara sukarela.

3. Mengambil tindakan terhadap orang yang menyertai perhimpunan aman adalah suatu pencabulan hak asasi manusia. Hak berhimpun secara aman adalah hak asasi manusia yang termaktub di dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sedunia dan juga Perlembagaan Persekutuan Negara kita. Walaupun peguam-peguam telah memberi nasihat bahawa seksyen yang digunapakai oleh polis untuk menahan aktivis-aktivis tersebut telah diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Rayuan. Namun, Ketua Polis Negara (IGP) tidak menghiraukan nasihat tersebut dan terus menghina mahkamah dengan penahanan yang berterusan.

4. Orang yang membantu siasatan secara sukarela bukan sahaja ditahan tetapi direman beberapa hari tanpa sebab yang munasabah. Prosidur reman hanya digunakan kalau seseorang itu didapati ada kemungkinan untuk melarikan diri, menyebabkan maklumat penting kes terbongkar atau merosakkan bukti yang berkaitan dengan kes. Namun, dalam kes-kes yang melibatkan perhimpunan aman, polis meminta reman 3 atau 4 hari dengan alasan menjalankan siasatan. Apakah yang perlu disiasat? Jelasnya, IGP telah menyalahguna proses reman untuk denda aktivis-aktivis yang ditahan.

5. Selain itu, pihak polis juga mengamalkan “double standard” yang jelas dalam kes yang melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat dan pemimpin Barisan Nasional. YB Nik Nazmi yang merupakan Exco kerajaan negeri Selangor ditahan semasa membantu siasatan di balai polis dan direman selama 4 hari; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ismail Sabri Yaakob mengeluarkan kenyataan yang jelas menyebar kebencian terhadap sesuatu kaum hanya memberi kenyataan tetapi tidak diambil apa-apa tindakan oleh pihak polis.

6. Ketua Polis Negara harus bertanggungjawab penuh atas tindakan polis yang mencabuli hak asasi rakyat, tidak professional, tidak adil dan hina mahkamah. Di bawah pimpinan Khalid Abu Bakar, pihak polis telah dijadikan alat penguasa untuk menindas musuh politik. Dalam penahanan YB Nurul Izzah Anwar, IGP sendiri berbohong dalam kenyataan rasminya. Beliau telah hilang kredibiliti dan kelayakan untuk memimpin Polis Diraja Malaysia. Khalid Abu Bakar harus dipecat dari jawatan IGP!

7. Justeru itu, #KitaLawan dengan rasminya melancarkan kempen “Pecat IGP!”. Mulai hari ini, di samping mengadakan pelbagai program “Bebas Anwar” dan “Undur Najib”, kami juga akan jalankan kempen “Pecat IGP!”. Negara kita tidak akan bebas sekiranya IGP yang tidak professional ini tidak dipecat.

8. Dengan itu, kami ingin mengumumkan satu protes “Duduk Bantah #KitaLawan Pecat IGP!” di Dataran Merdeka yang mengambil masa selama satu minggu, mulai dari 21hb Mac (Sabtu) hingga 28hb Mac (Sabtu) tanpa henti. Semua orang dijemput menyertai duduk bantah dan hadir secara santai dengan membawa tikar, selimut dan makanan ringan. Setiap hari akan diadakan aktiviti anak muda dan pada setiap malam akan diadakan persembahan anak muda dan tayangan filem-filem berkaitan semangat perjuangan #KitaLawan.

9. Semua dijemput untuk menghadiri perhimpunan aman mingguan di Sogo pada 21hb Mac, jam 4 petang. Selepas itu, kami akan teruskan program duduk bantah di Dataran Merdeka. Protes duduk bantah ini akan berakhir dengan menyertai perhimpunan aman mingguan di Sogo, pada 28hb Mac (Sabtu), jam 4 petang.

10. Pada masa yang sama, Ahli Parlimen akan mengusahakan satu usul “Pecat IGP!” di Dewan Rakyat.

11. Kami berharap pihak kerajaan akan menerima saranan kami untuk pecat IGP Khalid Abu Bakar, agar maruah dan nama baik Polis Diraja Malaysia dikembalikan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana