Ooooo MEnjawab Yer.....Bukan hina, tapi persoal keutamaan PAS Kelantan - Aisyah BFM

SHAH ALAM: Penyampai stesen radio BFM, Aisyah Tajuddin yang menerima pelbagai ugutan ekoran muncul dalam video yang mempertikaikan pembentangan hudud di Kelantan, akhirnya tampil menjelaskan tindakannya, setelah beberapa hari mendiamkan diri.

Menerusi satu kenyataan, Aisyah menjelaskan video berkenaan langsung tidak bermaksud untuk menghina agama Islam, sebaliknya ia adalah untuk mempersoalkan keutamaan kerajaan PAS Kelantan dalam mendepani isu-isu di negeri berkenaan.

"Ianya menyangkut perihal politik, perkataan dan perbuataan ahli politik; dan tentunya tidak sekali-kali mengenai agama," ujarnya.

Penyampai tersebut juga memohon maaf dan menyatakan kekesalan kerana tidak berniat untuk mengherdik mahupun menghina agama Islam menerusi penghasilan video berkenaan.

"Saya tidak akan pernah, dalam apa-apa keadaan sekalipun, menghina atau mengutuk mana-mana agama apatahlagi agama saya sendiri.

"Walaubagaimanapun, perlu dinyatakan bahawa liputan media berkenaan insiden ini telahpun mengaburi maksud sebenar yang ingin disampaikan video ini, yakni untuk menggalakkan wacana yang berlangsung seputar isu keadaan sosio-ekonomi rakyat Kelantan," ujarnya.

Beberapa hari lalu, stesen radio berteraskan bisnes berkenaan tampil memohon maaf di atas klip video 'Projek Dialog BFMKupas' yang telah menjadi viral di internet hingga menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat beragama Islam.

Aisyah yang tampil dalam klip video ala satira itu menerima kecaman paling hebat sehingga mendakwa menerima ugutan bunuh dan rogol, akibat 'memperlekehkan' hukum jenayah syariah Islam itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi status yang dimuat naik di Twitter menyatakan bahawa penulis skrip bagi video sensasi tersebut akan dipanggil untuk membantu siasatan.

"Polis Diraja Malaysia akan menyiasat kedua-dua pihak iaitu penyiar BFM dan yang ugut penyiar. Penulis skrip penyiar juga akan dipanggil," petik kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana