Nurul Izzah cuba tipu rakyat, beliau tidak kebal sebagai MP

 Nurul Izzah Anwar cuba menipu rakyat apabila menyatakan dirinya kebal daripada sebarang tindakan ketika berbahas di Parlimen.

Sedangkan pada hakikatnya seseorang ahli Parlimen tidak dilindungi oleh kekebalan sebagai anggota Parlimen seperti diperuntukkan mengikut Perkara 63 Fasa (2) Perlembagaan Persekutuan.

izzah hinaAhli Parlimen PKR Lembah Pantai itu dalam sidang medianya di Parlimen pada Selasa hanya menyebut separuh daripada akta itu dengan mencanang penahanannya semalam melanggar imuniti parlimen.

Walhal, sebenarnya Nurul hanya baca separuh sahaja daripada keseluruhan penerangan di bawah Perkara 63.

Beliau tidak menyebut Perkara 63(4) fasal (2) : tidak terpakai ke atas mana-mana individu yang didapati bersalah melakukan jenayah di bawah undang-undang yang diluluskan oleh parlimen klausa (4) Artikel 10 atau sebarang kesalahan dibawah Akta Hasutan 1948.

Tindakan Nurul yang hanya membaca separuh daripada artikel mungkin mahu mengelirukan rakyat kononnya beliau kebal dan tidak patut disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menghina hakim dalam ucapannya di Dewan Rakyat.

Berdasarkan Perkara 63(4) fasal (2), Ahli Parlimen sama sekali tidak boleh menghina Yang di-Pertuan Agong, hakim, agama Islam dan hak orang melayu serta Suruhanjaya-suruhanjaya Diraja.

Naib Presiden PKR itu boleh didakwa dengan merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan bagi kes Datuk Mark Koding pada tahun 1982 beliau telah dikenakan tindakan pendakwaan kerana menghasut dibawah Akta hasutan walaupun ucapan beliau itu dibuat di dalam sidang Dewan Rakyat.

Nurul Izzah sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada Selasa lalu antara lain telah menuduh hakim tunduk dan akur kepada tuan-tuan politik, menjadi rakan jenayah dalam pembunuhan kebebasan dan integriti badan kehakiman, menjual diri kepada syaitan, memperdagangkan nurani demi pulangan kebendaan, kedudukan dan jaminan jawatan.

Beliau ditahan oleh polis semalam ketika hadir untuk memberi keterangan mengenai demo #KitaLawan di Ibu Pejabat Daerah Polis Dang Wangi untuk siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana