Negeri Kaya...Asyik Berpolitik 24 Jam....Mutu jalan raya Selangor teruk berbanding negeri lain, kata jawatankuasa DUN

SHAH ALAM: Mutu jalan raya di Selangor dilihat agak terkebelakang berbanding negeri lain walaupun Selangor negeri paling maju di Malaysia, akui sebuah jawatankuasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Pengerusi jawatankuasa pilihan mengenai pihak berkuasa tempatan (PBT) DUN Selangor, Dr Idris Ahmad berkata, masalah penyelenggaraan jalan raya antara isu yang menjadi perhatian jawatankuasa terbabit selain isu sampah, lapor The Malaysian Insider.

"Aduan berkenaan keadaan jalan yang berlubang dan tidak rata serta kualiti penurapan semula jalan utama sering menghiasi dada akhbar tempatan," katanya pada sidang media di Dewan Annexe, Bangunan Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

Dr Idris berkata, walaupun pelbagai inisiatif dilakukan kerajaan negeri untuk menangani masalah itu, aduan demi aduan masih diterima.

Disebabkan itu, Dr Idris berkata pihaknya memutuskan untuk menyiasat dengan lebih terperinci isu terbabit dan akan membuat saranan yang sewajarnya selepas mengambil kira aduan, pandangan serta cadangan daripada pihak yang berkaitan dalam satu penyata jawatankuasa yang akan dibentangkan pada sidang kedua DUN pada Julai nanti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana