MASIHKAH KAU INGAT.!! BUKTI MENGAPA RAMAI YANG TINGGALKAN ANWAR.!!

Blogger tegar PKR yang pernah mencium muka Anwar Ibrahim di depan khalayak ramai, akhirnya terpaksa membuat keputusan untuk meninggalkan ‘tokoh yang pernah disanjungnya’ itu pada pertengahan November lalu dengan pengumuman keluar dari PKR. Klik di sini

Foto blogger CMK yang mencium Anwar itu tersebar di merata alam siber. Dipercayai dirakam sejurus Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, pada tahun 2004 yang sedang dalam persiapan untuk ke Munich, Jerman untuk rawatan tulang belakangnya. CMK yang berasal dari Pahang, sanggup datang ke Kuala Lumpur dan mengunjungi rumah Anwar semata-mata untuk membuktikan sanjungannya terhadap ‘ikon reformasi’ itu.

Namun semua itu hanya tinggal kenangan, apabila pada November lalu (2010) dia bertekad meninggalkan ‘tokoh yang pernah dipujanya’ kerana dia tidak mahu lagi hipokrit dan menipu diri sendiri.

Blogger Cucu Mat Kilau (CMK) berharap agar Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali berehat di penjara Sungai Buloh untuk membolehkan Ketua Umum PKR kembali bermuhasabah tentang dirinya sendiri.

CMK atau nama sebenarnya Mohd Shukri Mohd Ramli yang menyokong Anwar sejak 12 tahun lalu berkata sejak akhir-akhir ini sentuhan Ketua Umum terhadap PKR telah jauh tersasar daripada matlamat asal penubuhan parti itu.

Kenyataan penuh CMK :

Biar Anwar Berehat Demi Kembalikan Aura Sebuah Perjuangan

Selama lebih 12 tahun membela Datuk Seri Anwar Ibrahim terutamanya dalam kes liwat yang dihadapinya… Kali ini saya berharap agar Anwar kembali ke Penjara Sungai Buloh. Bukan kerana saya benci Anwar, bukan kerana saya tak suka Anwar, bukan kerana saya marah dengan Anwar… Beribu tulisan saya sejak 1998 membela Anwar… tapi lihat, akhirnya saya sendiri jadi mangsa kerakusan mereka yang pegang kuasa.

Mereka yang menyorok belakang tabir ketika Anwar dipecat dulu kini tampil mengatakan merekalah pejuang sejati, walhal kembali selepas diterajang dek parti. Mereka ambil alih perjuangan selepas melihat PKR kuat. Ketika parti lemah mana mereka semua ini. Pernahkah mereka rasa nikmat REFORMASI?. Sekarang .. biarkan mereka semua ini lalui zaman itu. Barulah mereka sedar pengorbanan orang-orang lama….

Maka, bagi saya perjuangan keadilan itu lebih bermakna dan terasa auranya bila Anwar kembali ke dalam…. bila Anwar di luar, terlalu ramai pencacai dan penjilat yang mengampu dan merosakkan minda Anwar hingga banyak keputusan yang dibuat mutakhir ini menyinggung hati dan perasaan rakan seperjuangan.

Biarlah Anwar di dalam untuk beliau bermuhasabah dan PKR kembali berubah tidak lagi tersasar dari matlamat perjuangan asal. Soal Anwar salah atau tidak dengan Saiful biarlah HAKIM AKHIRAT yang tentukan, tapi berehat itu lebih baik dari terus menjadi mangsa provokasi yang mendatangkan kontroversi itu sebenarnya.

Mohd Shukri Mohd Ramli
CMK@Blogger Cucumatkilau
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana