Mak Oiii Melenting Plak Dia Ni......PAS Kelantan jangan angkuh, sombong bicara isu hudud - Husam Musa

KOTA BHARU: Kerajaan negeri PAS Kelantan diminta tidak angkuh dan sombong ketika berbicara perihal hasrat mereka untuk melaksanakan hudud di negeri itu.

ADUN Salor, Datuk Husam Musa berkata sebaiknya kerajaan negeri perlu menangani dan menjawab segala persoalan atau kritikan bersabit usul itu secara bijaksana sehingga menambat hati orang muslim serta bukan Islam diluar sana.

"Bukan semata-mata kehebohan-kehebohan dan cabar mencabar melebihi keperluan sebenar tetapi akhirnya terbantut.Semangat permuafakatan lebih memudahkan lalun berbanding dilihat menonjolkan keangkuhan dan kesombongan.

"Saya yakin, rakyat Malaysia, jika berbahasa dengan bahasa yang lunak dan tidak sengaja bertujuan menakut-nakutkan, akan mengizinkan ummat Islam khususnya rakyat Kelantan di mana majoriti mereka beragama Islam dan telah melalui proses demokrasi yang diamalkan oleh negara kita, mendapat hak demokratik beramal dengan Islam anutan mereka sepenuhnya," ujarnya ketika membahaskan usul pindaan enakmen pelaksanaan hudud di Kelantan, di sidang DUN Kelantan, pagi tadi.

Kerajaan negeri PAS Kelantan sebelum ini sering 'melatah' jika hudud yang ingin dilaksanakannya 'diusik' rakan sekutunya dalam Pakatan rakyat (PAS dan PKR) dan juga seteru politiknya, Umno Barisan Nasional.

Malah pimpinan PAS Kelantan juga berkali-kali menyuruh DAP keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak selesa dengan perjuangan yang didokongnya sejak sekian lama.

DAP sebelum ini beberapa kali mengertak PAS agar parti itu diambil tindakan kerana tetap membentangkan usul pindaan pelaksanaan hudud itu pada sidang DUNnya kali ini.

Malah PKR juga menegaskan pelaksanaan hudud bukan Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Husam ketika membahas usul itu turut menyentuh soal pindaan Akta Mahkamah Syariah 1965 (Akta 355) yang memerlukan sokongan sekurang-kurang 2/3 majoriti di Parlimen.

"Jika ia (cadangan pindaan Akta 355) dibawa oleh Menteri, tentulah dengan kuasa whip yang ada, semua Ahli Parlimen dari parti Kerajaan baik MCA, MIC, Gerakan dan wakil dari Sabah dan Sarawak wajib menyokong dan ini memudahkan kelulusan walaupun pindaan seperti itu hanya memerlukan majoriti mudah," ujarnya.

Namun Husam berkata pindaan Akta 355 itu akan melalui jalan sukar jika benar desas desus mengatakan menteri berkenaan mencadangkan ahli Parlimen PAS dan bukannya Menteri membawakan usul pindaan Akta 355 kelak.

"Jika ini berlaku, apa jaminan ia akan mendapat sokongan Ahli Parlimen BN?

"Ia juga menambahkan perlunya pelbagai pihak memberikan sokongan terhadap usul itu nanti bagi mempastikan kejayaannya dan bukan hanya satu percubaan yang sia-sia," tegasnya lagi.

Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah Kelantan, Nik Baharum Nik Abdullah memberitahu jika Akta 355 itu tidak dipinda, hudud tidak akan dapat dilaksanakan.

Justeru akta itu perlu dipinda bagi membolehkan agenda yang diperjuang PAS Kelantan selama ini dapat direalisasikan.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL