LIMA'15 : 2 Pesawat Jupiter Indonesia Terhempas DiKediaman Awam

LANGKAWI 15 Mac - Dua pesawat pasukan Jupiter dari Indonesia terhempas ketika melakukan latihan aerobatik sempena LIMA '15 di sini, petang semalam.

Dua penghuni rumah cedera ringan dan dikejarkan ke Hospital Langkawi selepas satu daripada dua pesawat Jupiter Aerobatic Team terhempas ke atas rumah mereka di Kampung Gelam, Kedawang.

Juruterbang dan pembantu juruterbang kedua-dua pesawat Jupiter Aerobatic Team, Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) yang terhempas ketika sesi latihan aerobatik sempena LIMA'15 di sini awal petang tadi, disahkan selamat.

Keempat-empat mereka ditemui anggota penyelamat selepas mendarat dengan payung terjun masing-masing dan dibawa ke Hospital Langkawi untuk rawatan.

Nahas kira-kira jam 2 petang itu berlaku ketika sekumpulan enam pesawat KT-1B pasukan aerobatik itu sedang melintasi ruang udara MIEC, sebelum sayap dua daripada pesawat berkenaan berlanggar lalu menyebabka kedua-dua pesawat terhempas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana