Larang Anwar Ke Parlimen, PKR Ancam Saman Penjara...Nampaknya Semakin BODOH Perangai Pemimpinan PKR Ni.

Habis yang orang lain dalam penjara tu boleh saman lah...jangan nak perbodohkan rakyat Malaysia lah.ANWAR banyak duit bleh lakukan apa saja.Kalah lain cerita....Bodoh tak boleh menerima kenyataan.Macam mana pemimpinan PKR ni nak memerintah Negara...?

KUALA LUMPUR 5 Mac - PKR bakal mencatat sejarah ekoran tindakan parti itu untuk menyaman Jabatan Penjara kerana tidak membenarkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Parlimen, Isnin ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) parti Datuk Johari Abdul berkata, beliau dan beberapa pemimpin PKR lain kini dalam perbincangan untuk mengheret Ketua Pengarah Penjara Datuk Zulkifli Omar ke mahkamah.

“Saya akan bicang dengan teman-teman daripada pimpinan, mungkin juga selepas ini kita akan bawa Zulkifli Omar ke mahkamah kerana itu pelanggaran yang serius dalam isu ni.

“Sebab  Datuk Seri Anwar masih lagi Ahli Parlimen, bila dia (Anwar) tak dibenarkan datang ke Parlimen, ini adalah perkara yang sangat serius,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR, Khamis.

Semalam, Jabatan Penjara telah menghantar surat kepada Dewan Rakyat berhubung penolakan permohonan Ahli Permatang Pauh itu menghadiri sidang Dewan Rakyat yang akan bermula 9 Mac ini.

Tambah Johari lagi, perbincangan akan dibuat sebagai tindakan susulan bersama peguam Anwar, N Surendran dan Latheefa Koya.

“Kita akan bincang khususnya dengan Surendran dengan Latheefa Koya, dan sudah tentu kawan-kawan di kalangan Pakatan Rakyat akan beri sokongan,” tambahnya.

Dalam sidang media yang sama, Johari yang juga merupakan Ketua WHIP Ahli Parlimen PKR berkata perkara ini akan diperjelaskan kepada rakyat kerana dikatakan hak seorang Ahli Parlimen telah dicabar oleh Ketua Pengarah Penjara.

“Rakyat mesti faham bahawa hak Anwar sebagai Ahli Parlimen masih ada dan ia telah dicabar ketua pengarah penjara.

“Jadi, saya tak tolak kalau kita juga akan mengajak rakyat untuk sama-sama terlibat dalam isu ini.

Justeru, pihaknya meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melihat semula keputusan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penjara yang tidak membenarkan Ketua Pembangkang untuk hadir ke sidang Dewan Rakyat minggu hadapan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana