Komplot guling Hadi: Pemuda PAS Kuantan tolak Jawatankuasa Khas Siasatan

SHAH ALAM: Ketua Pemuda PAS Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim menolak Jawatankuasa Khas Siasatan yang ditubuhkan bagi menyiasat gerakan menggulingkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendakwa keanggotaan jawatankuasa berkenaan tidak telus.

Menurut Noorzazilafadli, beberapa pemimpin yang dilantik menganggotai jawatankuasa itu adalah individu yang dinamakannya sebagai dalang komplot berkenaan.

Ujar beliau, kes seumpama itu seharusnya diserahkan kepada sebuah jawatankuasa khas yang berkecuali, yang mana keanggotannya bukan daripada kalangan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

"Sepatutnya kes ini diserahkan kepada Jawatankuasa Khas yang berkecuali, bukannya AJK PAS Pusat. Ini sebabkan pihak Hawai Five O mendakwa lebih separuh daripada AJK PAS Pusat adalah dari kalangan mereka.

"Paling kurang kes ini diserahkan kepada Jawatankuasa Disiplin justeru jawatankuasanya bukan AJK PAS Pusat yg didakwa terlibat secara langsung," katanya dalam satu kenyataan selepas hadir ke Ibu Pejabat PAS, untuk memberi keterangan sebentar tadi.

Noorzazilafadli hadir untuk bertemu jawatankuasa siasatan bagi mendesak siasatan segera dilakukan terhadap Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

Dalam sesi pertemuan bersama jawatankuasa siasatan berkenaan, beliau turut menyerahkan bukti-bukti berkaitan konspirasi menjatuhkan majlis Syura Ulama, Presiden dan kepimpinan ulama.

Noorzazilafadli sebelum ini pernah membuat demonstrasi aman mendedahkan bahawa wujudnya komplot pihak tertentu dalam parti untuk menggulingkan Hadi.

Dalam demonstrasi tersebut, Noorzazilafadli turut menunjukkan bukti bagi menyokong dakwaannya itu termasuk salinan akuan berkanun dan imej paparan (screenshoot) perbincangan kumpulan yang dikenali sebagai Hawaii Five-O dalam aplikasi Whatsapp.

Antara pemimpin tertinggi yang didedahkan sebagai salah seorang dalang komplot berkenaan adalah Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

Mengulas lanjut, Noorzazilafadli juga kecewa apabila jawatankuasa disiplin seolah-olah tidak dapat memainkan peranannya kerana tidak mendapat arahan daripada Jawatankuasa PAS Pusat.

"Sebelum ini, dalam pertemuan saya dengan Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok selaku Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, beliau telah menyatakan bahawa Jawatankuasa Disiplin tidak boleh bertindak untuk menyiasat kes ini disebabkan ianya tidak diserahkan kepada mereka oleh Jawatankuasa PAS Pusat," ujarnya.

Tambah beliau lagi, pihaknya sedang mempertimbangkan untuk membuat pendedahan seterusnya yang mengaitkan seorang pemimpin kanan PAS dalam komplot berkenaan, sekiranya aduan menerusi 'jalan rasmi' menemui kebuntuan.

"Saya menuntut supaya kes ini disiasat dan dibicarakan secara telus dan adil kerana ia melibatkan isu yang sangat serius," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana