KITALAWAN : Muslimah Solat Tepi Jalan Dedah Aurat?

Sebenarnya Nak menunjuk nunjuk bahawa mereka adalah perjuangan Islam sebenarnya kepada orang ramai.

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Setiap kali pakatan rakyat mengadakan Himpunan haram, mereka tidak pernah lupa untuk menyelitkan adengan lakonan solat tepi jalan. Tindakan mereka ini benar-benar memalukan agama Islam dan kerajaan Malaysia.

Islam merupakan agama yang paling mulia. Kita memiliki peradaban yang cukup tinggi. Ianya bermula dengan akhlak kehidupan seharian kita.

Bayangkan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang berlaku dalam proses perarakan dan perhimpunan demo haram ini, Adakah mereka ini telah berarak dalam keadaan berwuduk dan mampu menjaga air sembahyang mereka sepanjang himpunan haram?

PRU14 benar-benar terkilan dengan golongan yang cuba menghina kesucian Islam dengan cara yang cukup halus ini.  Surau dan masjid telah dibina oleh kerajaan Malaysia demi kemudahan rakyat yang beragama Islam namun mereka ini tetap memilih untuk solat di tepi jalan hanya kerana mahu menjatuhkan maruah Islam dan negara.

Lebih-lebih lagi “muslimah” yang solat dalam keadaan yang cukup tidak sopan apabila mereka mengenakan pakaian yang mengikut bentuk badan dan stokin yang jarang sehingga mendedahkan aurat. Beribadah biarlah ikhlas. Situasi darurat pula perlu dihayati dengan betul.  Kita bukannya berada di padang pasir, dalam hutan ataupun negara kafir. Fikir-fikirkanlah

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana