#KitaLawan: Ketua Pemuda DAP Ditahan Polis...Pergi Mampuslah

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Teo Kok Seong pada Sabtu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan di ibu negara pada 7 Mac lepas.

Penahanan Teo yang juga Ahli Parlimen Rasah menjadikan beliau sebagai individu keenam ditahan berkaitan perhimpunan tanpa kebenaran itu.

Terdahulu beliau yang tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira pukul 10.40 pagi, diiringi dua peguamnya, Nicole Tan Lee Koon dan Wong Kah Woh bersama kira-kira 20 penyokong.

Teo berkata beliau menerima panggilan daripada polis semalam untuk memberi kerjasama dalam kes itu.

"Semalam saya sibuk dengan urusan kerja. Sebab itu saya datang hari ini," katanya kepada pemberita di perkarangan IPD Dang Wangi di sini.

Sebelum ini, empat orang telah disoal siasat berhubung kes berkenaan iaitu Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ketua AMK Kelana Jaya, Saifullah Zulkifli; Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli, Koordinator Jingga 13, Fariz Musa dan dan Bendahari Pemuda PAS Pusat, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.

Perhimpunan itu yang tidak dapat permit polis diadakan 7 Mac lepas di hadapan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini untuk menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat.

Kira-kira 3,000 penyokong penasihat PKR itu berarak di sekitar ibu kota di tiga kawasan iaitu Pasar Seni, Masjid Jamek dan Ibu Pejabat PAS di sini sebelum bertemu di kompleks beli-belah Sogo.

Pada 10 Februari lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun dihadapinya bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun, 2008.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana