#KitaLawan : Ketua AMK Kelana Jaya Ditahan...Padan Mukanya

KUALA LUMPUR 8 Mac - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelana Jaya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli, 29, ditahan pihak polis di Masjid Jamek di sini berhubung perhimpunan #KitaLawan di pekarangan Menara Berkembar Petronas (KLCC), petang tadi.

Memetik laporan Sinar Online, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fazli mengesahkan perkara tersebut.

"Beliau kini ditahan dan dibawa ke Balai Polis Jinjang," katanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad turut mengesahkan penangkapan itu.

"Dia ditahan dan dibawa ke balai polis Jinjang untuk membantu siasatan.

"Saifullah akan disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpuman yang tidak sah di sisi undang-undang serta Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana