Kelompok ‘barua’ dalam PAS lebih taat kepada PR

BANGI, 1 Mac – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abdul Nik Aziz, hari ini mendedahkan wujud kelompok yang dilabelkan sebagai ‘barua’ dalam Pas yang lebih wala’ (ketaatan kepada pimpinan) Pakatan Rakyat (PR), melebihi wala’ kepada perjuangan sebenar Pas itu sendiri.

Beliau berkata, kelompok ini dikesan cuba memisahkan pemikiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bapanya, bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketika berucap merasmikan Nadwah Pemerkasaan Du’at (Nekad) 6.0 di Markas Pas Masjid Tinggi, di Bagan Serai hari ini, Nik Mohamad Abduh dilaporkan berkata, beliau pernah menulis satu artikel kontroversi bertajuk ‘Kerja-kerja bodoh dalam Pas’ ketika Allahyarham bapanya berada di Makkah.

“Ianya menjadi kekecohan di seluruh negara sehinggakan ada pihak menelefon Tok Guru arwah ayah supaya mengarahkan artikel saya ditarik balik. Sebenarnya tujuan artikel itu ditulis adalah bagi memberi gambaran kepada kesemua ahli Pas terhadap kewujudan usaha untuk memisahkan golongan ulama dan golongan profesional dengan pelbagai cara, termasuk lemparan fitnah ‘Kerajaan Perpaduan’ terhadap Presiden Pas,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian, hari ini.

“Krisis yang berlaku ketika ini adalah bagaimana dan ke mana arah tuju perjuangan Pas dan hala tuju ini perlu ditentukan golongan ulama dan Majlis Syura.

“Justeru, kesemua ahli parti perlu kembali taat kepada pemimpin dan beristiqamah terhadap asas sebenar perjuangan Pas iaitu menyebarkan syiar dan dakwah Islamiah di negara ini,” katanya.

Apakah yang ditulis oleh beliau? Berikut kami papar kembali ‘Kerja-kerja bodoh dalam Pas’ (bahagian pertama) sebagaimana yang disiarkan pada 24 April 2009 melalui laman web beliau dalam nikabduh.com – masanya memilih jalan yang lurus, tanpa dibuat sebarang perubahan pada kandungannya.

Lebih Lanjut Lagi...Kat Sini

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana