Kalam 'barua' itu ucapan Haji Hadi - Nik Abduh...Apa Tidaknya Puak PaSma Panas Punggung.

Berikutan tindakan beberapa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang panas punggung selepas Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mernulis mengenai 'barua' dalam PAS di laman facebooknya.... ada yang tak puas hati dan minta debat.
Nik Abduh nampaknya tegas selepas tulisan terbaru du facebooknya menempelak perbuatan segelintir pemimpin parti itu yang cuba menyembunyikan hakikat tentang kewujudan golongan yang dilabel oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ‘barua’.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat mempersoalkan tindakan beberapa pemimpin PAS yang mencabarnya untuk berdebat bagi mempertahankan dakwaan tentang komplot golongan ‘barua’ itu untuk memisahkan pemikiran Abdul Hadi dan bapanya, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Bukankah ‘barua’ itu daripada kalam Presiden? Bukankah sebahagian kita telah berkalam biadab di depan Presiden?

“Jangan dicabar anak-anak di bawah yang hidup terfitnah atas kesalahan kita sendiri. Kita yang di ataslah yang memulakan fitnah dan kemelut yang bermula daripada ‘kerja-kerja bodoh dalam PAS’ yang berusaha memisahkan Almarhum ayahanda Nik Abdul Aziz daripada Presiden PAS sejak bertahun dulu,” ujarnya.

Beliau menegaskan, dakwaan tersebut akan dipertahankan walaupun segelintir pemimpin PAS bermati-matian menafikannya.

Sebelum ini, AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin  meminta Nik Abduh menjelaskan siapa sebenarnya barua dalam PAS yang dimaksudnya.

“Kalau dia (Nik abduh) kata ada barua dalam PAS, buktikan. Saya pun nak tahu (siapa). Kita sama-sama nak tahu juga,” kata Ahli Parlimen Sepang itu.

Sementara itu, dalam perkembangan beraitan, Nik Abduh memberitahu golongan ulama dalam PAS tetap berpegang teguh dengan pendirian bahawa kepemimpinan Abdul Hadi mesti dipertahankan.

Jelasnya, semua ahli parti hendaklah kembali mentaati hala tuju perjuangan yang dipilih oleh Presiden dan Majlis Syura Ulama.

“Ketaatan kepada ketua adalah ibadah kepada Allah SWT,” katanya Selasa.

Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61 yang dijadualkan berlangsung di Kuala Selangor, Selangor pada Jun ini bakal menyaksikan pemilihan merebut jawatan-jawatan penting di dalam parti tersebut.

Kepemimpinan Abdul Hadi kini goyah berikutan gerakan tersusun kumpulan-kumpulan tertentu di dalam PAS yang ingin menjatuhkannya termasuk dalam kalangan pemimpin parti itu yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada Timbalan Presiden, Mohamad Sabu untuk bertanding jawatan Presiden.

Walau bagaimanapun, Abdul Hadi masih mendapat sokongan padu kumpulan ulama dan perkara itu dinyatakan pada Multaqa Ulama SeMalaysia II baru-baru ini sehingga wujud desakan mahu Mohamad serta Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli dipecat.

Sebelum ini, Ketua Dewan Pemuda Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim mendedahkan terdapat komplot terancang yang dipercayai didalangi sekumpulan pemimpin kanan Pas de­ngan matlamat menjatuhkan Abdul Hadi dan kepemimpinan ulama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana