Isu air Selangor... jangan bayar lebih dari RM9.65 bilion - Khalid Ibrahim Bersuara Kepada Azmin Ali

Nampaknya bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak boleh berdiam diri saja tengok segala macam hu ha yang jadi di Selangor sejak beralih MB ini.
Isu air Selangor yang menjadi legasi Abdul Khalid, dua tiga hari ini panas berikutan wayang politik Menteri Besar yang baru Azmin Ali.

Pagi Jumaat, dalam satu kenyataan media yang diterima Agendadaily, Khalid berkata harga pengambilalihan ekuiti daripada empat syarikat konsesi air mesti tidak melebihi RM9.65 bilion seperti yang telah dipersetujui.

Menurutnya, jika harga yang ditawarkan melebihi jumlah itu ia seolah-olah merompak hasil kekayaan rakyat untuk mengkayakan konsesi yang tamak.

"Saya juga hairan apabila dimaklumkan bahawa kerajaan negeri hari ini telah mengeluarkan lesen operasi air bersih kepada syarikat konsesi SPLASH. Perkara ini nampaknya bercanggah dengan usaha dan semangat rakyat Selangor untuk menjadi pemilik mutlak industri air di Selangor apabila penstrukturan air dimuktamadkan.

"Saya khuatir tindakan kerajaan negeri ini akan mengakibatkan rakyat Selangor membayar lebih dari jumlah yang dipersetujui sebelum ini iaitu RM9.65 bilion," katanya.

Sebelum ini Azmin memberitahu kerajaan negeri memutuskan untuk membatalkan perjanjian penstrukturan air itu atas alasan kerajaan Persekutuan melanggar terma Perjanjian Utama yang ditandatangani pada 12 Sept tahun lepas.

Keputusan itu dikhuatiri bakal menjejaskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2), yang fasa pertamanya dijadual siap pada 2017, untuk menyediakan air bersih kepada pengguna di kawasan terlibat.

Ongkili ketika menjawab soalan Mohamed Azmin pada sidang Dewan Rakyat pada Selasa lepas dilaporkan berkata pelaksanaan penstrukturan air di Selangor tertangguh disebabkan kerajaan Selangor enggan menyelesaikan tiga daripada lapan syarat Perjanjian Utama dengan kerajaan pusat termasuk isu tanah.

Mengulas perkara itu, Khalid berkata, isu pemilikan tanah-yang kononnya dinyatakan sebagai alasan untuk Kerajaan Selangor membatalkan perjanjian air – boleh diselesaikan jika semua pertikaian itu dibawa ke meja rundingan.

"Saya telah berjumpa dengan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau dan beliau memberi jaminan bahawa Kementeriannya akan berusaha untuk melaksanakan perjanjian itu bagi memberi laluan kepada penyelesaian isu air secara holistik seperti yang dihasratkan melalui Akta Perkidmatan Industri Air 2006.

"Kegagalan meneruskan perjanjian itu akan membawa banyak kesan antaranya risiko kehilangan peluang Kerajaan Selangor untuk mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi air yang selama ini telah mengaut keuntungan tidak munasabah di atas kesusahan rakyat yang terpaksa menanggung tarif air yang tinggi akibat perjanjian penswastaan yang berat sebelah dan gagal mengutamakan kepentingan rakyat.

"Tanpa kawalan sepenuhnya terhadap industri air, Kerajaan Selangor kemungkinan besar tidak mampu meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu air setiap bulan yang telah dilaksanakan sejak Jun 2008 kerana kekurangan dana,"katanya lagi.

Jelas beliau, selain itu, peluang ini juga akan membolehkan syarikat konsesi menaikkan tarif air sebanyak 52% pada 2015 seperti yang dibenarkan mengikut Perjanjian Penswastaan. Malah lebih buruk lagi, Kerajaan Selangor perlu membayar tunggakan kenaikan tarif sebanyak RM2 bilion kepada syarikat konsesi.

"Ini jelas menunjukkan Kerajaan Selangor akan mengalami kerugian besar sekiranya tidak meneruskan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan dan saya amat berharap kepimpinan kerajaan negeri mengutamakan kepentingan rakyat dalam setiap tindakan dan keputusan yang akan dilakukan selepas ini," ujarnya.

pada Khamis ketika menyampaikan perbahasan Titah Ucapan Diraja di Dewan Rakyat Khalid menyarankan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap Projek Penstrukturan Semula Industri Air di Selangor secara keseluruhannya yang dianggarkan mencecah RM20 bilion.

Beliau berkata, ini kerana memandangkan saiz industri air Selangor dan wujudnya potensi untuk meraih keuntungan berlebihan oleh pemegang konsesi berat sebelah.

“Saya mendesak agar semua pihak berkenaan tidak berlengah-lengah lagi memulakan siasatan terbuka terhadap segala dakwaan rasuah atau penyelewengan.

“Jangan sampai akhirnya rakyat Selangor terpaksa membayar melebihi “price tag” keseluruhan yang telah dipersetujui sekian lama iaitu RM9.65 billion,” katanya.

Khalid yang merupakan Ahli Parlimen Bebas- Bandar Tun Razak turut yakin rakan-rakan Ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat seperti Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bersetuju tanpa bantahan terhadap cadangan beliau.

Dalam pada itu, Khalid juga mahu perkara yang sama dilakukan terhadap Projek terowong bawah tanah kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Dengan cara ini, dakwaan-dakwaan “nakal” kemungkinan terdapat unsur rasuah, penyelewengan atau salah laku melibatkan dana awam dalam projek terowong bawah tanah kerajaan negeri Pulau Pinang yang dikatakan bakal dibiayai secara tunai dan pemindahan milik 110 ekar tanah negeri kepada pemegang konsesi projek boleh disiasat dan diaudit segera.

“Saya percaya hanya dengan penjelasan yang benar, tepat dan komprehensif serta hasil siasatan rapi, bebas dan berkecuali sahaja dapat menidakkan dakwaan serong sesetengah pihak dan memperbetulkan tanggapan negatif rakyat,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana