Indah Kabar Dari Rupa Inilah DAP.....Dewan Ulamak PAS : 'DAP Jangan Cuba Menusuk Jarum Beracun'

KUALA LUMPUR 25 Mac - Dewan Ulamak PAS memberi amaran kepada DAP jangan cuba menusuk jarum beracun bagi memecah-belah kesatuan PAS menerusi kaedah "pecah dan perintah" apabila memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi bukan dengan PAS.

Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, menegaskan dengan memutuskan hubungan itu, pimpinan DAP usah bermimpi ahli PAS akan menggugurkan hasrat untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam.

Ini kerana katanya, perjuangan untuk mendaulatkan Islam bukan saja perjuangan presiden tetapi perjuangan yang didukung oleh seluruh pimpinan dan ahli PAS di semua peringkat.

"DAP jangan memisahkan presiden daripada PAS sedangkan PAS diketuai dan dipandu oleh presiden sebagai ketua parti.

"Keputusan presiden adalah keputusan bersama parti termasuk dalam usaha melaksanakan Undang-Undang Jenayah Islam menerusi Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 (Pindaan 2015)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dewan itu juga katanya turut bersetuju dengan pandangan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali bahawa tindakan DAP sejak akhir-akhir ini disifatkan sebagai kebudak-budakan.

"Benar juga penegasan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga Ketua Pemuda, Suhaizan Kayat bahawa memutuskan hubungan dengan presiden bererti memutuskan hubungan dengan PAS," katanya.

Katanya, DAP perlu menghormati pendirian PAS untuk memperjuangkan undang-undang jenayah Islam kerana ia bukan dasar bersama Pakatan Rakyat tetapi dasar bersendiri PAS.

"Dewan Ulama PAS Pusat menasihatkan DAP agar jangan memberi peluru kepada musuh bertepuk tangan melihat pertembungan dalam Pakatan Rakyat.

"Kita perlu teruskan konsep "bersetuju untuk tidak bersetuju" dalam Pakatan Rakyat dalam isu undang-undang jenayah Islam," katanya sambil menyatakan dewan itu memberi sokongan penuh tidak berbelah bagi kepada Abdul Hadi.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL