Ibu Sirul ke Australia malam ini...Inilah Cara Politik PAS Sanggup Lakukan APa Saja

Sanggup buat apa saja...Hairannya boleh plak tahu dimana lokasinya dan tentu ada komplot orang DI Australia yang membantunya.Politik...politik PAS hari ini.Bayangkan.... 

SHAH ALAM: Piah Samad, ibu kepada Sirul Azhar Umar, yang disabitkan bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu, dijadual berlepas ke Australia untuk menemui anaknya malam ini.

Menurut Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar yang menguruskan penerbangan itu, mereka akan bertolak pada jam 11 malam ini di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) di Sepang.

Sidang media dijadual diadakan dua jam sebelum itu di balai berlepas.

Mahfuz sebelum ini berkata beliau, peguam dan seorang adik Sirul akan menemani Piah, 74, ke Sydney, antaranya untuk melepaskan rindu ibu-anak.

Kali terakhir Piah bertemu Sirul dikatakan ketika Mahkamah Rayuan membebaskan anak keempatnya itu daripada tuduhan.

Sirul, bekas anggota polis elit itu, kini ditahan oleh pihak imigresen negara itu di Sydney.

Beliau pada 13 Januari lalu diputuskan bersalah membunuh Altantuya bersama Azilah Hadri. Mereka dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Persekutuan.

Sirul tidak dapat dibawa pulang oleh kerajaan Malaysia kerana undang-undang Australia tidak membenarkan seseorang yang berdepan hukuman mati diekstradisi ke negara hukuman disabitkan.

Beliau kini menjadi perhatian dunia selepas mengugut untuk membongkar “segala-galanya” berhubung kematian warganegara Mongolia itu.

Ini kerana, walaupun hukuman dijatuhkan, motif pembunuhan itu sehingga ini masih tidak terungkai. -  malaysiakini

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana