Hudud: PAS Dah Jelas, PKR Belum Setuju...Padan MUka Dengan PAS Jadi Rakan Sekutu Lagi

KUALA LUMPUR 12 Mac - Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengakui telah mendapatkan penjelasan dari wakil PAS mengenai enakmen kanun jenayah syariah (hudud) yang akan dibentangkan parti Islam itu kelak.

Walaubagaimanapun, beliau enggan memberikan jawapan samaada partinya menyokong pindaaan enakmen tersebut setelah ianya dibentangkan rakan komponen Pakatan Rakyatnya (PR) itu kelak.

"Ya, kita ada berbincang mengenai perkara tersebut. Perbincangan berjalan lancar,"katanya kepada pemberita selepas selesai mesyuarat bersama wakil kerajaan Kelantan.

Difahamkan penjelasan kepada Wan Azizah itu diberikan oleh tiga exco kerajaan negeri Kelantan di Parlimen.

Kelantan dilaporkan akan membentangakan rang undang-undang persendirian berkenaan hudud pada persidangan parlimen kali ini.

Ini bagi membolehkan negeri tersebut melaksanakan hukum kanun jenayah berlandaskan hukum Islam.

Perkara tersebut walaubagaimanapun mendapat tentangan daripada rakan PR terutamanya DAP.

PKR sehingga hari ini memilih jalan selamat dengan tidak memberikan jawapan khusus mengenai cadangan kerajaan PAS Kelantan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana