Guling Hadi: Pemuda PAS Kuantan pertikai Jawatankuasa Khas Siasatan...Kes Ini Akan Lenyap Begitu Saja Lah

SHAH ALAM: Selepas mendedahkan wujudnya komplot menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bulan lalu, Ketua Pemuda PAS Kuantan, Fadhli Ibrahim tampil sekali lagi hari ini – kali ini meluahkan rasa kecewa parti tidak ambil berat aduannya.

Dalam satu status di Facebook, Fadhli menyatakan rasa tidak puas hati apabila mengetahui bahawa Jawatankuasa Khas Siasatan yang ditubuhkan parti bagi meneliti dakwaannya, dianggotai oleh 'individu yang terlibat' dalam komplot berkenaan.

Fadhli sebelum ini menamakan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dan beberapa pimpinan pusat lain sebagai dalang menjatuhkan Presiden parti itu.

Dalam demonstrasi ketika mendedahkan komplot jatuhkan Hadi, beliau turut mendedahkan imej paparan skrin Whatsapp, iaitu perbualan kumpulan pimpinan berkenaan yang dikenali sebagai Hawaii Five-O, berhubung usaha menjatuhkan presiden parti.

"Pada permulaannya saya mengalu-alukan penubuhan jawatankuasa siasatan tersebut tetapi setelah saya dimaklumkan senarai nama ahli jawatankuasanya, saya mula tidak yakin dengan kredibiliti dan ketelusan jawatankuasanya justeru dianggotai oleh pemimpin kanan PAS yang terlibat dalam konspirasi tersebut yang saya belum dedahkan namanya.

"Dr Hatta hanyalah seorang daripada sebahagian besar pemimpin Kanan yang terlibat di dalam komplot kotor tersebut. Saya tidak berniat untuk mendedahkan semuanya kerana bagi menjaga maslahah parti. Saya hanya mendedahkan Dr Hatta dan macai-macainya sahaja supaya ahli PAS membuka mata mereka," tulisnya.

PAS menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Musafa Ali sebelum ini mengumumkan isu dakwaan komplot berkenaan akan disiasat oleh Jawatankuasa Khas Siasatan, satu jawatankuasa yang baru ditubuhkan khusus bagi meneliti isu berkenaan.

Namun, Mustafa enggan mendedahkan nama panel yang menganggotai jawatankuasa berkenaan, sebaliknya memberi jaminan bahawa kedua-dua pihak iaitu pihak yang menuduh dan yang dituduh akan dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan.

Menurut Fadhli, beliau mengetahui senarai nama panel jawatankuasa siasatan berkenaan setelah pergi ke ibu pejabat parti pada 6 Mac lalu untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung pendedahannya sebelum ini.

Justeru katanya, adalah tidak logik sekiranya jawatankuasa siasatan dianggotai oleh mereka yang turut terlibat dalam komplot berkenaan.

"Bagaimana ketelusan dalam siasatan akan tercapai jika AJK PAS Pusat yang separuhnya sudah dikuasai oleh golongan Hawai Five 0 akan menyiasat diri mereka atau kumpulan komplot mereka sendiri?

"Saya juga hairan bagaimana Datuk Mustafa Ali sebagai pengerusi jawatankuasa siasatan pergi bermusafir ke UK bersama-sama dengan Mat Sabu (Timbalan Presiden) yang juga suspek di dalam kes sebaran Audio menjatuhkan Presiden? Persoalannya, sepatutnya ditubuh jawatankuasa Khas yang berkecuali dan tiada kepentingan," tulis Fadhli lagi.

Fadhli dalam pada itu juga menyangkal dakwaan bahawa beliau tidak cuba menggunakan saluran rasmi bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

"Sebenarnya ramai tidak mengetahui bahawa saya telah berusaha untuk menyelesaikan kes ini melalui saluran parti yang rasmi tetapi bagi saya jalannya tersumbat. Ramai tidak memahami bahawa permasalahan yang berlaku ialah saluran rasmi parti dikuasai oleh AJK PAS Pusat yang dikuasai oleh mereka-mereka yang terlibat di dalam komplot ini," ujarnya lagi.

Fadhli menambah, oleh sebab kelicikan kumpulan Hawaii Five-O itu yang melantik ahli kumpulan mereka sendiri untuk menganggotai Jawatankuasa Siasatan, maka beliau akan mendedahkan nama baru pemimpin kanan parti yang turut terlibat dalam komplot 'guling Hadi' dalam masa terdekat.

"Insya-Allah, dalam minggu ini atau minggu depan saya akan mula mendedahkan 1 atau 2 orang (mengikut keperluan) pemimpin kanan PAS Pusat yang turut terlibat dalam komplot tersebut yang sekarang ini menganggotai jawatankuasa siasatan," katanya.

Fadhli dalam pada itu turut mendesak agar resolusi  Multaqa Ulamak SeMalaysia II yang menyarankan sebuah jawatankuasa siasatan ditubuhkan di bawah pemantauan Majlis Syura Ulamak tanpa melibatkan pihak berkepentingan, diterimapakai.

PAS pada waktu kini dilanda krisis dalaman yang hebat berikutan pertembungan dua kumpulan dalam parti itu, yang mana dikatakan terdapat usaha oleh golongan profesional untuk menjatuhkan Hadi.

Beberapa insiden yang berlaku selepas pendedahan kumpulan penyokong ulama, antaranya insiden bakar kereta Dr Hatta dan insiden tumbuk Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, membuktikan krisis dalaman parti itu semakin buruk.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana