Gambar sepanduk 'Hadi Undur': PAS desak The Malaysian Insider mohon maaf...Marahkan Pada Geng PKR atau Pemimpinannya.

SHAH ALAM: PAS mendesak portal berita The Malaysian Insider memohon maaf secara terbuka kepada parti itu selepas sekeping gambar yang didakwa melalui proses ‘superimpose’ disunting bagi tujuan melaga-lagakan barisan kepemimpinan dan ahli di peringkat akar umbi.

Ketua penerangannya, Datuk Mahfuz Omar berkata,  portal berita itu perlu memohon maaf  kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan juga peserta demonstrasi atas penyiaran berita bergambar palsu tersebut.

“Saya melahirkan kekesalan atas berita bergambar palsu yang disiarkan oleh portal berita The Malaysian Insider bahawa kononnya peserta demonstrasi #KitaLawan yang berkumpul di hadapan Pejabat Agung PAS memegang banner dan poster yang bertulis “Undur Hadi” iaitu merujuk kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

“Gambar itu dimasukkan pada kemas kini berita tersebut pada jam 2.37 petang. Keterangan di bawah gambar itu mengatakan ia adalah gambar asli milik The Malaysian Insider sedangkan pada hakikatnya ia adalah gambar ‘superimpose’ yang telah diubah perkataan di dalamnya,” katanya yang dipetik Harakahdaily.

Gambar kain banting yang tertera “Undur Hadi” itu menjadi viral dalam laman sosial sehinggakan membangkitkan kemarahan penyokong PAS. Gambar ‘superimpose’ itu disiarkan bersama laporan berita perhimpunan mendesak pemimpin PKR yang dipenjara di Penjara Sungai Buloh dibebaskan dan dirakamkan di hadapan Ibu Pejabat PAS.

Sementara itu, Pengarang Analisis dan Rencana The Malaysian Insider, Zulkifli Sulong enggan mengulas lanjut sebaliknya menegaskan portal itu sudah pun memohon maaf ke atas insiden berkenaan melalui satu kenyataan yang sudah dimuatkan di laman portalnya tengah malam tadi.

Penyiaran gambar tersebut berlaku kerana kesilapan yang tidak disengajakan dan The Malaysian Insider tidak berniat untuk melakukan sabotaj kepada sesiapa.

Bagaimanapun, gambar tersebut sudah dikeluarkan petang semalam sebaik sahaja The Malaysian Insider menyedari ianya adalah gambar palsu‎ dan bukan datang daripada kakitangan Malaysian Insider.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana