Dr Dzulkefly Ahmad pula diserang...apakah ini ada kaitan pergeseran dalaman PAS?

Sekali lagi timbul tandatanya ini kerja siapa? Apakah ada kaitan dengan pergolakan dalaman PAS menjelang pemilihan parti itu Jun ini?

Kalau betul ia ada kena mengena dengan 'tembak menembak' antara puak Anwarninas dan profesional dengan puak ulama...jawabnya ini sudah lain macam.

Pagi Khamis selepas waktu Subuh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad diserang orang yang tidak dikenali depan rumahnya di Shah Alam.

Orang itu yang pukulnya dnegan kayu di muka dan dahinya dikatakan bertanya kepada Dr Dzulkefly ' kenapa kurang ajar sangat' sebelum meninggalkannya.

Waktu kejadian beliau masih dalam keretanya.

Dr Dzulkefly yang juga bekas Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor kata bila beliau cuba lawan balik mereka melarikan diri dengan motosikal.

Pada 14 Februari baru ini,rakan karib beliau yang juga diketahui dalam kumpulan Anwarinas PAS,Dr Hatta Ramli juga berdepan ancaman.

Kereta 4WDnya cuba dibakar orang di depan rumahnya di Hulu Klang.

Dr Hatta ialah Pengarah Pilihanraya PAS Pusat.

Baru-baru ini kumpulan penyokong Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang adakan dmeo aman depan ibupejabat PAS di Kuala Lumpur dakwa beliau adalah ketua komplot untuk guling Hadi.

Dr Dzulkefly baru-baru ini mengkritik suara-suara yang hentam golongan Anwarinas/profesional pada satu himpunan di Serdang.

Katanya beliau makin hilang hormat pada sesetengah ulama dalam parti itu.

Pergeseran antara dua puak ini makin hangat bila baru-baru ini tersebar rakaman suara yang seiras suara Timbalan Presiden PAS Mat Sabu bunyi macam berkomplot menentang Hadi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali pula kata beliau yakin Hadi akan menang tanpa bertanding pada muktamar nanti.

Sebaliknya beliau jangka jawatan Timbalan Presiden PAS akan dicabar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana