DIARI SEORANG POLIS UNTUK KELUARGANYA SEMPENA HARI POLIS

Maafkan jika setiap 2 minggu kita tak dapat tidur sama kerana bertugas malam. Kadang2 sayang yang tolong masak. Tolong jaga anak. Bertuahnya mendapat isteri seperti sayang. Maaf juga cuti tak menentu, bukan macam org lain cuti Sabtu Ahad.
kita keluar makan angin pun masa bukan musim cuti sekolah.. Tak meriah kan.......

UNTUK ANAK-ANAKKU ..
Maafkan ayah yang tak banyak masa untuk anak2
ayah. Balik sekolah ayah pulak kerja petang. Kena tinggal dengan pengasuh kala ibu pun kerja. Seawal 6 pagi sebelum
budak2 lain bangun, ayah dah kejutkan anak ayah untuk ke rumah pengasuh sebab syif pagi ayah bermula seawal 7pg , kesian kan... Bukan seperti pekerja ofis pukul 8 pg

UNTUK IBU BAPAKU ...
Maafkan anak mu ini kerana tatkala anak2 mu yang lain berkumpul pada hari Sabtu Ahad, anak mu seorang ini tidak dpt bersama kerana tugas kami yang tak tentu cuti. Pada hari raya pula kami berkerja, selepas habis suasana raya barulah muka kami kelihatan.... Mencium tanganmu bukan di pagi raya pertama......

UNTUK SAUDARA MARAKU Maafkanku kerana tidak dapat hadir jika ada kenduri kendara saudara mara kerana tugas kami tak seperti orang lain, masa orang cuti kami berkerja, masa orang lain berkerja kami cuti, mana ada orang yang nak buat kenduri masa hari berkerja awam..
.....

SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS YANG KE 208
25 HB MAC 2015

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana