Dah jangka... Tuan Ibrahim tolak cubaan pelaga beliau dengan Hadi

Atas kertas semua maklum Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ini orang kumpulan ulama dalam PAS. Beliau kerap dilihat mendampingi Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan boleh dikatakan antara pemimpin kanan parti Islam itu yang paling dipercayai Haji Hadi.
Sebab itu apabila tersebar kisah PAS Kota Bharu mencalonkan Tuan Ibrahim untuk jawatan nombor satu dalam PAS, seorang ahli parlimen parti itu memberitahu Agendadaily, "Cerita kartun..."

Beliau nampaknya arif bahawa bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak termakan umpan kumpulan Anwarinas.

Petang Selasa, Tuan Ibrahim mengeluarkan kenyataan lima perenggan yang antara lain menjelaskan pendirian beliau terhadap pencalonan daripada PAS Kota Bharu itu.

Tuan Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada PAS Kota Bharu dan mengatakan pencalonan beliau mencabar Haji Hadi merupakakan satu kejutan yang tidak membina keutuhan parti.

Menurutnya, sejarah kepimpinan PAS jawatan Presiden tidak pernah dipertandingkan khususnya diera Kepimpinan Ulamak.

"Saya melihat manisnya jika kita yang  mendokong kepimpinan Ulamak, terus mengekalkan budaya tersebut. Dalam PAS jawatan bukanlah menjadi rebutan sebagaimana parti lain. Pertandingan berlaku hanyalah di atas sifat 'fastabiqul khairat'(berlomba melakukan kebaikan)," katanya bagi menutup ajakan dan jolokan golongan Anwarinas dalam PAS.

Mengulas lanjut, kepimpinan Haji Hadi telah menunjukkan kejayaan dan prestasi yang sangat hebat.

"Kalau kesatuan Ulamak Sedunia mengangkat beliau sebagai orang nombor dua di dunia, apakah wajar kita mencadangkan untuk menggantikan beliau ?. Saya bimbang kita memberi isyarat yang tidak baik kepada masyarakat luar.

"Walaupun atas nama memenuhi tuntutan demokrasi, namun kedudukan 'syura' lebih mulia dari demokrasi. Kalau syura adalah jalan terbaik, maka sewajarnyalah kepimpinan parti diselesaikan secara syura," katanya.

Kata Naib Presiden paling kanan PAS itu, beliau menolak pencalonan tersebut dan menyeru semua kawasan lain agar terus mendokong Kepimpinan Haji Hadi sebagai Presiden parti.

"Biarlah orang lain kata tak setuju dengan ayah kita, tapi jangan pula anak-anak kata begitu," katanya sinis.

Kumpulan Anwarinas dalam PAS cuba menggerakkan usaha supaya Haji Hadi digantikan dari jawatan nombor satu dalam PAS.

Ini berikutan ketegasan Abdul Hadi yang menolak diperkudakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Bagaimanapun Haji Hadi mendapat sokongan yang cukup kuat sehingga tidak ada sesiapa dari kalangan Anwarinas berani 'langgar' Abdul Hadi.

Akhirnya PAS Kota Bharu mencalonkan Tuan Ibrahim untuk melagakan ulama dan elak malu sendiri selepas semua pemimpin pro Anwar dalam PAS menolak untuk dicalonkan oleh Kota Bharu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana