Cayalah Terengganu....Insentif RM100 untuk bayi....Terengganu Negeri Tumpah Darah KU

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu akan memperuntukkan RM2.6 juta untuk 26,000 bayi dijangka dilahirkan pada tahun ini yang layak menerima insentif RM100 seorang menerusi program Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusof berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan rekod kelahiran 26,895 bayi di Terengganu pada tahun 2014.

“Angka ini sentiasa bertambah di mana hanya 24,265 kelahiran bayi direkodkan sepanjang tahun 2011 dan jangkaan 26,000 kelahiran pada tahun ini adalah dalam lingkungan yang relevan.
Sehubungan itu, ibu bapa yang memiliki cahaya mata baharu mulai 1 Janauari lalu boleh mendapatkan borang permohonan di Pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) di setiap daerah atau di Pusat Khidmat Masyarakat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) seluruh Terengganu,” katanya kepada pemberita disini, hari ini.

Pemberian insentif sebanyak RM100 yang dibuat dalam bentuk SSPN-i bagi setiap bayi yang lahir bermula 1 Januari hingga 31 Disember tahun ini diumumkan Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abd Rahman ketika membentangkan Bajet 2015 pada Disember tahun lepas. – Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana