‘Buat baik, dibalas baik’. Itulah yang berlaku pada seorang pengguna Facebook...Jom Share

Kisahnya, seorang wanita yang tidak dikenalinya datang menyerahkan sekeping nota berlipat kepada Khairol. Dia hanya dibenarkan membuka dan membaca nota itu hanya setelah wanita itu berlalu pergi.

Tidak disangka-sangkakan, apa yang tertulis di dalam nota kecil itu membuatkan Khairol terkedu seketika. Jujurnya, pada hari itu, bukanlah hari yang terbaik untuk dirinya. Tetapi nota kecil itu menjadikan harinya lebih bermakna.

Apa yang tertulis di dalam nota kecil itu juga membuatkan kami rasa terharu. Benarlah kata orang, di dalam diam ada orang yang memerhatikan tingkah laku kita selain daripada Allah.

Ini yang tertulis di dalam nota kecil itu:

“Ternampak awak keluar dari kereta di tengah jalan di SS15 Subang untuk membantu seorang lelaki tua menolak keretanya. Saya betul-betul mengagumi tindakan dan kebaikan awak. Tidak ramai orang yang mempunyai masa untuk melakukan kebaikan seperti itu. Terima kasih.

“Please enjoy a nice dinner on me. God bless!! You deserves it,” kata wanita itu

Sebagai ganjaran, Khairol menerima RM30 dari wanita itu sebagai belanja makan malam.

Seriously, kami kagum dan bangga dengan pemuda seperti Khairol Izwan. Moga lebih ramai anak-anak muda berkelakuan seperti ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana