Berita Baik untuk para nelayan....Syabas Menteri Kita Usaha Terbaik

Hanya nelayan yang mendarat hasil tangkapan mereka di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) atau jeti persatuan nelayan kawasan akan mendapat insentif.

Insentif sebanyak 10 sen bagi setiap sekilogram ikan yang didaratkan berkuat kuasa semalam.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata buat permulaan ia melibatkan 45 jeti LKIM dan 14 jeti persatuan nelayan sebelum disusuli 200 buah jeti lagi dalam fasa kedua April ini.

"Saya tidak benarkan lagi nelayan menjual kepada pihak swasta. Jika nak jual boleh, tetapi insentif pendaratan ikan tidak akan diberikan kepada mereka," katanya semasa berucap pada majlis pertemuannya dengan pemimpin peladang dan nelayan di Gambang Isnin.

Majlis turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Datuk Seri Saipolbahri Suib.

Memberitahu pemberita kemudiannya, Ismail Sabri berkata insentif itu antara lain bertujuan bagi memerangi peranan orang tengah.

"Jihad memerangi orang tengah baru sahaja bermula tahun lepas dan ia bukan perkara mudah sebab mereka (nelayan) sudah biasa dengan cara tersebut.

"Sekarang hanya 10 peratus nelayan yang menjual ikan kepada LKIM dan persatuan nelayan dan saya tidak boleh kata secara keseluruhan saya tidak berpuas hati," katanya.

Beliau mengakui sesetengah nelayan terlalu selesa dengan rutin kehidupan dan cara sedia ada menyebabkan mereka senang ditipu orang tengah yang menangguk keuntungan di sebalik kesusahan mereka.

- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana