Awang Selamat gesa penyokong PKR lupakan Anwar

KUALA LUMPUR: Awang Selamat menasihatkan PKR hari ini supaya memfokuskan usaha terhadap memperkuatkan parti daripada membuang masa terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ruangan pojok mingguan Awang Selamat, memperlekehkan jumlah mereka yang keluar menunjuk perasaan sebagai tanda solidariti dengan Anwar, sambil mendakwa jumlah kecil yang keluar menunjukkan kehilangan minat awam terhadap Anwar.

“Mereka mensasarkan 200,000 akan hadir tetapi menurut beberapa portal pembangkang hanya 4,000 hingga 5,000 orang hadir,” kata Awang Selamat.

Wakil PKR di perhimpunan itu semalam menjangkakan kehadiran sekurang-kurangnya berjumlah 10,000 walaupun ia sukar untuk ditentukan memandangkan jumlah besar orang keluar makan angin semasa hujung minggu.

Awang Selamat berkata, keluarga Anwar dan PKR menggunakan strategi salah untuk mendapatkan sokongan, sambil menambah isu itu akan hanya menjejaskan perjuangan mereka.

“Terima hakikat bahawa Anwar bukan lagi factor utama dalam menarik sokongan umum, beliau bukan perjuangan sebenarnya.

PKR akan menjejaskan parti jika mereka terus fokus terhadap isu Anwar yang kini menjadi satu bebanan untuk pembangkang.

Awang Selamat juga mencadangkan ahli parti supaya mengundi Timbalang Presiden dan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menggantikan presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Wang Ismail yang juga isteri Anwar.

“Semua orang tahu Wan Azizah hanya boneka dan tidak berupaya membawa PKR ke mana-mana.  Tutuplah bab mengenai Anwar. Beri parti peluang untuk pulih,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana