Anda FIkir Fikirkan Lah.....Kenapa isu MB Selangor, Kajang Move tidak dianggap khianat?

BANGI, 26 Mac – Parti rasis dan cauvinis DAP hari ini terus ditempelak kerana serangan provokasi bersiri khusus terhadap peribadi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dengan tuduhan pengkhianat.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, beliau pelik kerana tindakan PKR dalam isu Menteri Besar Selangor dan Kajang Move, tidak dianggap pengkhianat.

Beliau berkata, tuduhan khianat dan membelakangi pakatan rakyat (PR) terus meniti di bibir ramai pemimpin DAP dan yang terakhir ialah tindakan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, tetapi tidak dengan PAS.

“Peliknya, tindakan bersendiri PKR dalam Kajang Move tidak pula dikatakan membelakangi PR. Memecat Tan Sri Khalid (Ibrahim) untuk membuangnya daripada jawatan Menteri Besar tanpa persetujuan bersama PAS, tidak pula dikira khianat.

“Lim Kit Siang pula mencadangkan pakatan dengan BN atas tema ‘save Malaysia”? Tidakkah itu pengkhianatan terhadap dasar bersama PR?,” katanya dalam kiriman terbaru di halaman sesawang Facebook miliknya, hari ini.

Katanya, apa yang ketara ialah apabila isu undang-undang jenayah Islam (UUJI ) turut dibangkitkan dan ini jelas menunjukkan bahawa DAP menentang sebarang usaha dalam mendaulatkan UUJI.

“DAP telah memperlihatkan wajahnya yang sebenar dalam menentang sebarang usaha mendaulatkan UUJI sehingga melupakan prinsip bersama PR iaitu ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’,” katanya.

Dr Mohd Khairuddin mengingatkan bahawa segala gerak kerja dan strategi politik PAS adalah merujuk kepada prinsip Islam serta kerjasama politik dengan DAP juga berasaskan prinsip dan syarat yang telah digariskan di dalam Islam.

“Saya sangat bimbang dengan tindakan berterusan DAP menyerang, memfitnah dan menghina Presiden PAS dan terlalu keras menentang usaha mendaulatkan UUJI boleh menyebabkan hilangnya segala alasan syarie beragama untuk ahli-ahli PAS bekerjasama dan mengundi DAP dalam pilihan raya,” katanya.

Khairuddin turut menasihatkan agar DAP lebih berhemah serta tidak lagi meneruskan kenyataan provokasi khususnya terhadap Presiden PAS jika masih mahu bekerjasama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana