Rara Rabak Gesa Ismail Sabri Letak Jawatan...Siapa Dia Ni?

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri sewajarnya insaf dan meletakkan jawatannya kerana telah menghina intelek rakyat Malaysia, terutamanya selepas Pejabat Perdana Menteri terpaksa mempertahankannya kata Rara hari ini.

“Adakah Pejabat Perdana Menteri dan Ismail sendiri merasakan rakyat tidak tahu membaca?” ujar aktivis DAP Young Syefura Othman ketika dihubungi Roketkini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Rara, menggesa Ismail untuk segera memohon maaf di atas keceluparannya dan mengakui kesilapan serta segera meletakkan jawatan.

“Amat memalukan apabila seorang menteri terpaksa meminta nyawa daripada Perdana Menteri setelah berbuat kesilapan dan terlalu ego untuk mengakui kesilapannya,” tambah beliau yang baru sahaja dipertanggungjawabkan menyusun gerak kerja DAP sebagai sebahagian daripada rakan kongsi Gabungan Impian Kelantan baru-baru ini.

“Kita faham apa mesej yang cuba menteri Umno ini sampaikan. Kita boleh baca tulisannya di Facebook. Ini bukan soal ‘misquote’ atau tidak faham konteks,

“Ismail Sabri patut malu apabila orang lain turut terheret bermain sentimen perkauman lantaran kecuaiannya. Kita semua tahu isu harga barang naik bukan isu kaum,” tambah beliau.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL