PAS mungkin keluar Pakatan jika Anwar dipenjara...Bagi Admin Pergi Mampus Lah PKR dan DAP

SHAH ALAM: PAS mungkin meninggalkan Pakatan Rakyat jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara kerana liwat pada 10 Februari apabila penghukuman rayuan kes liwatnya diketahui, kata MCA.

Mengulas mengenai kerjasama Umno-PAS, Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon berkata, pemimpin pembangkang Anwar merupakan tokoh yang mengikat pakatan itu walaupun kini ketiga-tiga komponen parti itu bertelagah sesama sendiri, lapor The Malaysian Insider.

“Jika beliau dipenjara lima tahun, saya berpendapat Pakatan akan hilang seorang daripada orang utama pakatan yang menyatukan ideology parti berlainan,” katanya ketika menjawab soalan daripada moderator Ng Yeen Seen di Persidangan Rupa Bentuk Strategik Malaysia ke-17 hari ini.

Katanya, berikutan itu Pakatan mungkin mengubah wajahnya yang mungkin menyaksikan PAS keluar daripada pakatan pembangkang itu.

Pada Mac tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar dituduh meliwat Saiful di sebuah unit di kondominium Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Karier politik Anwar sebagai wakil rakyat akan berakhir jika beliau didenda lebih daripada RM2,000 atau dipenjara lebih setahun.

Memandang suasana ini, Chong tidak menolak kemungkinan PAS dan Umno membentuk kerjasama.

“Ia pernah berlaku sebelum ini apabila BN dan PAS bekerjasama,” katanya merujuk kepada parti itu menyertai BN pada 1972 sebelum keluar enam tahun kemudian.

“Ini boleh berlaku dalam politik kerana politik amat dinamik,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana