PAKET BERAS BERCETAK WAJAH PM, PENIPUAN TERBARU MALAYSIAKINI

Masih ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak menginsafi akan musibah dan bencana banjir yang melanda beberapa negeri. Fitnah demi fitnah tetap berlegar silih berganti.

Kini sumbangan beras pula dijadikan isu dengan fitnah kononnya setiap paket beras telah dicetak dengan wajah Perdana Menteri dan inilah sebenarnya yang menyebabkan berlakunya kelewatan pengagihan.

Fakta sebenarnya adalah, hanya dibahagian atas paket sahaja ditampalkan dengan gambar Perdana Menteri bertujuan untuk mengasingkan sumbangan dari Kementerian Pertanian dan Asas Tani MOA dengan agensi-agensi lain dan pengagihan telah pun dilakukan sejak 18 Disember yang lalu melalui jalan udara dan darat.

Seperti sedia maklum, sumbangan diterima dari pelbagai pihak. Dengan tindakan sedemikian, sumbangan dari pihak MOA tidak bercampur aduk dengan pihak lain dan dapat diagihkan kepada golongan sasar di kawasan-kawasan terjejas banjir

Ini disahkan sendiri oleh para sukarelawan yang melihat sendiri bahawa TIADA gambar Perdana Menteri pada setiap paket beras.

Sumbangan MOA meliputi makanan basah, makanan kering dan bahan bukan makanan seperti pakaian, lampin pakai buang bayi dan ubat nyamuk.

Tindakan tegas harus diambil terhadap mereka yang terlalu gemar menyebarkan maklumat palsu hanya semata-mata untuk meraih populariti kerana jelas tindakan ini hanya mengangguk di air yang keruh.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL